Pengaruh Latar Belakang Sekolah Terhadap Pencapaian Pelajar dalam TIMSS 2003

Yusof, Hamidah (2009) Pengaruh Latar Belakang Sekolah Terhadap Pencapaian Pelajar dalam TIMSS 2003. Project Report. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
PENGARUH LATAR BELAKANG SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM TIMSS 2003.pdf

Download (214kB) | Preview

Abstract

Kajian ini menerangkan pencapaian pelajar dalam kajian TIMSS 2003 dan faktor-faktor sekolah yang mempengaruhi pencapaian pelajar dengan menggunakan soal selidik sekolah yang dijawab oleh pengetua atau pentadbir sekolah. Kajian ini menggunakan data sekunder daripada kajian TIMSS 2003. Sebanyak 150 buah sekolah yang dipilih secara rawak telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam matematik dan sains masih lagi tidak boleh dibanggakan terutama daripada segi kualiti yang mana cuma 6 peratus pelajar untuk matematik dan 4 peratus pelajar untuk sains yang mencapai penanda aras antarabangsa yang tertinggi. Manakala pencapaian sekolah dengan menggunakan penanda aras yang sama menunjukkan cuma tiga sekolah sahaja untuk matematik dan sebuah sekolah untuk sains yang mencapai tahap tersebut. Kebanyakan sekolah yang berjaya terletak di bandar; pelajar daripada keluarga berkemampuan; pelajar yang tidak nakal; peralatan sekolah cukup; dan guru yang berkualiti. Dua faktor utama yang mempengaruhi markah matematik dan sains ialah faktor pengalaman pengetua dan ciri-ciri pelajar yang mempunyai azam yang tinggi. Bagi matematik, faktor enrolmen sekolah juga menjadi peramal yang signifikan kepada kejayaan pelajar. Hasil dapatan ini juga disokong dengan maklumat yang diperoleh daripada lawatan ke beberapa sekolah yang terlibat dalam kajian TIMSS 2003.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Muhamad Awais Mahadzir
Date Deposited: 23 May 2018 07:55
Last Modified: 23 May 2018 07:55
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/722

Actions (login required)

View Item View Item