Pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru sejarah: satu kajian kes di Daerah Hilir Perak

Jabar, Baharuddin (2003) Pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru sejarah: satu kajian kes di Daerah Hilir Perak. Project Report. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Faculty Of Art, Computing and Creative Industry.

[img]
Preview
Text
Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Pengajaran Guru-Guru Sejarah Satu Kajian Kes Di Daerah Hilir Perak.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru Sejarah. Kemahiran pemikiran sejarah yang dikaji ini dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu memahami kronologi, membuat imaginasi, meneroka bukti, membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi. Kajian ini juga bertujuan melihat sarna ada terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru Sejarah dengan lokasi sekolah yang dilihat dari sudut sekolah yang terletak di bandar dan luar bandar. Kajian ini menggunakan kaedah survey dan data untuk kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan empat daripada enam buah sekolah menengah di Daerah Hilir Perak, Perak. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0. Dapatan kajian menunjukkan guru melaksanakan kemahiran pemikiran sejarah bagi setiap item dalam setiap kategori kemahiran pemikiran sejarah. Walau bagaimanapun, tahap pelaksanaannya itu berbeza mengikut item kerana terdapat item yang berada pada skor min tahap tinggi (2.67 - 4.00) dan juga terdapat item yang berada pada skor min tahap sederhana (1.34 - 2.66). Tidak ada item yang diuji berada pada skor min tahap rendah (0 - 1.33). Dari segi kategori kemahiran pemikiran sejarah yang paling kerap dijalankan, kajian mendapati kategori meneroka bukti selalu dijalankan (67.4%) berbanding kategori membuat imaginasi (18.6%). Akhir sekali, kajian mendapati tidak ada hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah sarna ada sekolah di bandar atau sekolah di luar bandar dengan pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarab kategori meneroka bukti dalam pengajar

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
Faculties: Faculty of Art, Computing and Creative Industry
Depositing User: Muhamad Awais Mahadzir
Date Deposited: 24 May 2018 07:30
Last Modified: 24 May 2018 07:30
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/800

Actions (login required)

View Item View Item