Pembangunan model berstruktur bermasalah Multikolinearan dan data pencilan

Mohamed, Zulkifley and Rosli, Rozie (2014) Pembangunan model berstruktur bermasalah Multikolinearan dan data pencilan. EDUCATUM - Journal of Science, Mathematics and Technology, 1 (1). pp. 38-52. ISSN 2289-7070

[img]
Preview
Text
PEMBANGUNAN MODEL BERSTRUKTUR BERMASALAH MULTIKOLINEARAN DAN DATA PENCILAN.pdf

Download (683kB) | Preview

Abstract

Model Persamaan Berstruktur (MPB) berdasarkan pendekatan kaedah Kuasa Dua Terkecil Separa (KTS) adalah antara kaedah yang terbaik bagi membangunkan model pendidikan yang melibatkan hubungan berstruktur beberapa pemboleh ubah pendam. Walaupun banyak peranan penting yang telah dimainkan oleh KTS dalam membangunkan model pendidikan, beberapa percubaan telah telah dibuat untuk mengubahsuai kaedah penganggarannya. Kertas ini menerangkan tentang pembangunan model pendidikan berdasarkan KTS dengan menggunakan kaedah yang diubahsuai bagi menganggar parameter model, iaitu KTS Teguh. Kajian ini menambah baik kaedah penganggaran pemboleh ubah pendam melalui penggunaan varians teguh. Kaedah baharu yang diubahsuai cuba menyelesaikan dua masalah utama dalam pemodelan iaitu multikolinearan dan data pencilan. Bagi menguji keberkesanan KTS Teguh, model berstruktur prestasi akademik berasaskan KTS Teguh dan KTS Konvensional dibandingkan. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa MPB berasaskan KTS Teguh (MPB-KTS Teguh) adalah lebih baik daripada MPB berasaskan KTS Konvensional (MPB-KTS Konvensional) jika wujud masalah multikolinearan dan data pencilan di dalam model yang dibangunkan.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
Q Science > QA Mathematics
T Technology > T Technology (General)
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Muhamad Awais Mahadzir
Date Deposited: 24 May 2018 07:44
Last Modified: 24 May 2018 07:44
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/810

Actions (login required)

View Item View Item