Proses kognitif murid sekolah menengah pertama dalam penyelesaian masalah algebra berasaskan model taksonomi pemprosesan maklumat

-, Purwoko (2016) Proses kognitif murid sekolah menengah pertama dalam penyelesaian masalah algebra berasaskan model taksonomi pemprosesan maklumat. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
PROSES KOGNITIF MURID SEKOLAH MENENGAH PERTAMA DALAM PENYELESAIAN MASALAH ALGEBRA BERASASKAN MODEL TAKSONOMI PEMPROSESAN MAKLUMAT.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan soalan Sistem Persamaan Linear Dua Anu (SPLDA) mengikut tahap hierarki Model Taksonomi Pemprosesan Maklumat (MTPM) dan menganalisis proses kognitif murid Sekolah Menengah Pertama dalam menyelesaikan masalah SPLDA. Kajian ini menggunakan kaedah pembangunan Model Tessmer dan kaedah gabungan berasaskan prinsip penjelasan. Teknik persampelan rawak berkelompok melibatkan 170 murid daripada lima Sekolah Menengah Pertama dipilih daripada populasi seramai 545 murid gred lapan di Zon Hilir Barat Bandar Palembang. Daripada 170 orang murid ini, 15 orang murid dipilih secara teknik persampelan bertujuan untuk ditemu bual. Data kuantitatif diperoleh dengan menggunakan ujian SPLDA, manakala data kualitatif diperoleh dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan data kualitatif pula dianalisis secara analisis isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lima soalan penyelesaian masalah SPLDA yang dibangunkan adalah sah, boleh dipercayai dengan kebolehskalaan yang baik serta memenuhi hierarki MTPM. Analisis kuantitatif dan kualitatif juga menunjukkan bahawa murid mengalami kesukaran memproses maklumat soalan penyelesaian masalah berayat. Hanya tiga orang murid mencapai tahap hierarki 4, manakala sembilan murid mencapai tahap hierarki 5. Kesimpulannya, proses kognitif murid masih berada pada tahap hierarki 1 dan 2, iaitu mengenal pasti sumber luar dan mudah melakukan algoritma dalam memori jangka pendek. Implikasinya, pembangunan soalan penyelesaian masalah SPLDA boleh mengesahkan MTPM dalam memodelkan pentaksiran murid pada tahap hierarki yang berbeza.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Noriati Nordin
Date Deposited: 25 May 2018 08:02
Last Modified: 25 May 2018 08:02
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/870

Actions (login required)

View Item View Item