Pembangunan dan penilaian model Pengajaran dan Pembelajaran Matematik berasaskan pendekatan kooperatif menggunakan strategi penyelesaian masalah

-, Umy Zahroh (2016) Pembangunan dan penilaian model Pengajaran dan Pembelajaran Matematik berasaskan pendekatan kooperatif menggunakan strategi penyelesaian masalah. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img] Text
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BERASASKAN PENDEKATAN KOOPERATIF MENGGUNAKAN STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan membangun dan menilai model pengajaran dan pembelajaran matematik berasaskan pendekatan kooperatif menggunakan strategi penyelesaian masalah (PMKSPM). Kaedah pembangunan model PMKSPM yang digunakan dalam kajian ini meliputi dua peringkat, iaitu peringkat pembangunan dan penilaian model. Peringkat pembangunan model PMKSPM terdiri daripada empat tahap iaitu kajian awal, perancangan model, realisasi model, dan kajian rintis. Peringkat penilaian model PMKSPM pula melibatkan kaedah eksperimen kuasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa model PMKSPM yang dibangunkan memenuhi syarat kesahan, kebolehpercayaan, kepraktikalan, dan keterlaksanaan melalui beberapa peringkat penilaian. Dari aspek prestasi, pemikiran kreatif, dan ketrampilan sosial pelajar, kajian mendapati bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan antara kumpulan yang menggunakan model PMKSPM dengan kumpulan pembelajaran konvensional. Begitu juga terdapat hubungan yang signifikan antara ketrampilan sosial dengan pemikiran kreatif pelajar semasa menggunakan model PMKSPM. Kesimpulannya, kajian berjaya membangun dan menilai model PMKSPM yang memenuhi syarat kesahan, kebolehpercayaan, kepraktikalan, dan keterlaksanaan. Model PMKSPM yang dibangunkan boleh meningkatkan prestasi, pemikiran kreatif, dan ketrampilan sosial pelajar. Implikasi daripada kajian ini adalah model PMKSPM yang dibangun boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah menengah pertama Indonesia.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Noriati Nordin
Date Deposited: 28 May 2018 06:31
Last Modified: 18 Jul 2019 14:50
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/903

Actions (login required)

View Item View Item