UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menukar secara besar-besaran
cara pelajar menimba, mengguna dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Dengan
sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia untuk bersaing secara global. Namun,
timbul persoalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini iaitu apakah
sikap dan penerimaan pelajar terhadap kemudahan ICT? Kajian ini dijalankan dengan
memberi perhatian khusus kepada ICT dengan melihat kesediaan pelajar
mengaplikasi kemudahan ICT dalam pembelajaran Prinsip Perakaunan. Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan dengan pendekatan pengumpulan data secara
kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 184 orang pelajar tingkatan empat, kelas
Prinsip Perakaunan di lapan buah sekolah menengah terpilih di daerah Alor Gajah,
Melaka. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan lebih 70% pelajar telah
tersedia menghadapi era ICT dan menunjukkan sikap yang positif terhadap
kemudahan ICT serta yakin akan penggunaannya sebagai alat komunikasi dan ilmu
pengetahuan dalam pembelajaran Prinsip Perakaunan tetapi ini tidak sejajar dengan
pengetahuan dan kemahiran ICT mereka yang masih pada tahap yang rendah. Justeru
itu, dapat dirumuskan bahawa peranan guru dan ibu bapa adalah penting ke arah
meningkatkan kesediaan pelajar mengaplikasi kemudahan ICT dalam pembelajaran
Prinsip Perakaunan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |