UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini adalah satu penyelidikan berkenaan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti
pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri, Kuala Lumpur. Kajian ini
menyentuh mengenai latar belakang kajian yang berkaitan dengan kreativiti pelajar Tingkatan Empat
di sekolah ini. Ianya juga akan menyentuh berkaitan dengan penyataan masalah dan persoalan kajian
yang dijalankan. Seterusnya, kajian literatur dilakukan bagi melihat sejauh manakah kajian
berkaitan dengan kreativiti pelajar dan pengajaran guru dibuat bagi membantu mendapatkan idea serta
melihat kelebihan dan kekurangan kajian yang lepas. Kajian literatur juga menjelaskan secara
menyeluruh segala kaitan antara kreativiti dan juga pengajaran guru. Seterusnya dalam kajian ini
menyentuh tentang metodologi kajian yang digunakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang
mana menggunakan tiga teknik asas iaitu, temubual, pemerhatian dan juga kajian pustaka. Ujian yang
dilakukan dianalisis dan dikaji bagi mendapatkan data yang akan diterangkan dalam keseluruhan
kajian ini merupakan dapatan kajian. Secara keseluruhannya, pengkaji telah membuat saranan
dan analisis yang berkaitan dengan
kajian ini meliputi pengajaran guru dan juga kreativiti pelajar.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |