UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :RJ101 Child Health. Child health services
Main Author :Muhd Mustaqim Roslan
Title :Masalah kemurungan terhadap Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf kepada Abdullah Analisis Fatwa Kebangsaan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2022
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Isu penamaan nasab anak tak sah taraf (ATST) di Malaysia sering hangat di corong-corong media apabila hakim membenarkan pengesahtarafan kepada bapa biologinya. Hal ini adalah kerana bertentangan dengan Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa ATST itu adalah tidak wajar dinasabkan kepada bapa biologinya dan digantikan kepada Abdullah. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesan psikologi dan masalah sosial berlaku kepada anak tersebut. Namun begitu, objektif dan matlamat tersebut tidaklah seperti yang diinginkan apabila anak-anak itu didakwa menunjukkan kesan yang negatif apabila penamaan mereka dinasabkan kepada Abdullah. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat gejala-gejala kemurungan yang dihadapi oleh ATST yang dinamakan dengan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif, manakala strategi kajian pula ialah kajian kes. Kajian ini juga mengadaptasikan reka bentuk kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah kombinasi teknik analisis kandungan dokumen dan temu bual soalan separa berstruktur. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data-data ini yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Hasil dapatan menunjukkan terdapat enam gejala kemurungan yang telah dikenal pasti akibat kesan penamaan nasab ATST kepada Abdullah ini iaitu, bersendirian, kurang bercakap, hilang minat, rendah diri, sering termenung dan hilang fokus. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan agar penamaan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah ke atas ATST adalah wajar dimurnikan kembali agar bersesuaian dengan realiti yang berlaku. Kata kunci: Abdullah, fatwa kebangsaan, kemurungan, nasab, penamaan

References

A Child & 2 Ors Jabatan Pendaftaran Negara. (2017). Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Retrieved from:

http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-01(A)-365-09-2016.pdf

A. Aziz, D. (2000). Aspek Kebudayaan dan Perpaduan Kaum: Relevannya dengan IPTA. Jurnal Kolej Cempaka Kenanga. Universiti Teknologi Mara (UITM).

Abd. Ghani, A. & Nuarrual Hilal, M. D. (2016). Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah Taraf: Satu Kajian Kes di Negeri Kedah. Journal of Legal Studies. Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ahmad Hazuad, S. & Dini Rahiah, K. (2014). Kajian Mengenai Hubungan Antara Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan Dengan Tret Personaliti di Kalangan Pelajar Tahun Akhir. Artikel International Counseling Conference and Work. Universitas Negeri Medan.

Ahmad, A. G. & Md Dahlan, N. H. (2017). Mengandung Anak Tak Sah Taraf: Kajian Kes Di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Journal of Legal Studies. Vol. 8. Universiti Utara Malaysia (UUM).

Al-Qaradawi, Y. (2000) Nazariyat Maqasid Syari‘at bayn Ibn Taymiyat wa Jamhur al-Usuliyin. Universiti Kaherah.

Aznan, A. C., Salizawati, O., Mohd Zuri, G. & Zainudin, M. I. (2010). Kanak-kanak Bermasalah Tingkahlaku. Universiti Sains Malaysia (USM).

Babbie, E. (2002). The Practice of Social Research. 12th ed. Belmont California, Wadsworth.

Creswell, J. W. (2009). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five Approaches. n.d. Thousand Oask, CA, Sage.

Fariza, M. S. (2005). Tekanan Emosi Remaja Islam. Journal of Islamic Studies. Vol. 27 No. 1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hans Wehr. (1980). A Dictionary of Modern Written Arabic. n.d. Library Du Liban, Beirut.

Kamus Dewan Bahasa. (2012). 4th ed. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Khadijah, M. (2021). Persepsi Mahasiswa Tahun Satu USIM Terhadap Pembelajaran di Rumah Ketika Pandemik COVID-19. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

M. Anwar, F. (2011). Dinamika Psikologis Kekerasan Seksual: Sebuah Studi Fenomenologi. Jurnal Psikoislamika: Jurnal Psikologi Islam. Vol. 8 No. 2. UIN Maulana Malik Ibrahim Malang.

Mochamad, A. B. (2015). Kemampuan Penalarasan Siswa Dalam Pemecahan, Masalah Matematis Ditinjau Dari Gaya Kognitif. Jurnal Pendidikan Matematika FKIP Unissula. Vol. 3 No. 1. Unissula Semarang.

Mohd Mahyeddin, M. S., Nisar Mohammad, A. & Nur Mohammad Hadi, Z. (2018). Pengurusan dan Perlindungan Anak Tak Sah Taraf melalui “Baby Hatch”: Satu Penilaian daripada Perspektif Maqasid Syari‘at dan Undang-Undang Malaysia. Jurnal al-Majaalis. Sekolah Tinggi Dirasat Islamiyah Imam Syafi’i. Jawa Timur, Indonesia.

Muhammad Adam, A. A., Khadher, A., Mohd Khairul Nazrin, M. N. & Ishak, S. (2020). Dinamika Tafsiran Teks Hadis al-Walad li al-Firasy wa li al-‘Ahir al-Hajar dan Implikasinya Terhadap Fatwa Penasaban Anak Tak Sah Taraf di Malaysia. International Refereed Academic Journal in Hadis Sudies. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Muslim, M. S. (2016). Varian-Varian Paradigma, Pendekatan, Metode, dan Jenis Penelitian dalam Ilmu Komunikasi. Wahana. Vol. 1 No. 10. Universitas Pakuan, Indonesia.

Mustaqim Roslan, M. (2023). Hifz al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Analisis Kesan Psikologi dan Masalah Sosial. (Postgraduate Thesis). Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar – Perak Darul Ridzuan.

Nadhifa Amirah. (2018). Buliyying Dengan Rendah Diri Pada Siswa Kelas XI SMA Negeri Palembang. (Postgraduate Thesis). Fakultas Psikologi, UIN Palembang.

Najihah, A. W., Tuan Muhammad Iqbal, T. M. S., Anas, M. Y., Zurita, M. Y., Rahim, A. & Ummul Maisarah, M. A. (2022). Sorotan Awal Terhadap Gejala Kemurungan Di

Malaysia. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education ARISE.

Niko Jaya, L. G. (2012). Pusat Penyembuhan Penyakit Jiwa dan Gangguan Kejiwaan di Yogyakarta. (Postgraduate Thesis). Fakultas Teknik, Universitas Atma Jaya Yogyakarta.

Norizan, Y. (2016). Pengurusan Elemen Psikologikal sebagai Persediaan Menghadapi Bencana: Satu Kajian Kualitatif Terhadap Mangsa Banjir di Kelantan. Jurnal Psikologi Malaysia.

Othman Lebar. (2017). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metode. n.d. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Purnama, R. (2017). Indikator Tawadhu dalam Keseharian. Jurnal Madaniyah. Vol. 1 Edisi XII. STIT Pemalang.

Zulkifli al-Bakri. (2003). Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Zulkifli, M., Engku Muhammad Tajuddin, E. A., Jamaluddin, H. & Asiah, B. (2018). Hukum Anak Luar Nikah Menjadi Imam Solat. Malaysian Journal for Islamic Studies (MJIS). Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.