UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
ISSN :1394-7176
Main Author :Hassan Zulkifli, Abdullah Norazilawati,
Title :Penilaian guru sekolah rendah di daerah Kinta Utara terhadap Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru sekolah rendah di daerah Kinta Utara terhadap pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap pelaksanaan PAJSK berdasarkan pengalaman bekerja dan umur. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan yang melibatkan sekolah rendah di sekitar Kinta Utara. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden dan bahagian B mengenai tahap kesediaan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan PAJSK. 343 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis profil responden dan analisis borang soal selidik mengenai persepsi guru terhadap pelaksanaan PAJSK. Statistik deskriptif yang digunakan ialah nilai min, skor min, sisihan piawai, nilai min bagi keseluruhan item dan ujian Anova satu hala. Hasil kajian menunjukkan guru memberi persepsi yang negatif terhadap pelaksanaan PAJSK di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang sederhana bagi tahap kesediaan, pengetahuan dan kemahiran. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan guru berdasarkan pengalaman bekerja dan umur Kesimpulannya guru di Daerah Kinta Utara tidak menerima pelaksanaan PAJSK. Hal ini jelas membuktikan bahawa guru-guru telah kurang bersedia, kurang pengetahuan dan tidak berkemahiran dalam melaksanakan PAJSK.

References

1. Akta Pendidikan (1996), Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Asraf Mubarak Atan (2013). Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan Bandar dan Luar Bandar di Daerah Muar. Fakulti Pendidikan. Universiti teknologi Malaysia. 3. Gan, Phei Ling (2000). Reformasi Pendidikan dan Hubungannya Dengan Stress Kerja di Kalangan Guru-Guru Sekolah menengah di Daerah Kulai. Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. 4. Kamaruzaid Abdul Karim (2012). Kefahaman Guru Terhadap Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah PKBS Di Tiga Buah Sekolah Menengah Daerah Kuantan. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. 5. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012). Buku Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kementerian Pelajaran Malaysia. 6. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2014). Pekeliling PBS Bil 1/2014. http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?lang=en. 7. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012). Rekod Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kementerian Pelajaran Malaysia. 8. Mazlini Adnan & Noor Fazelawati Abd Kadir (2014). Amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Menengah. Fakulti Sains dan Matematik. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 9. Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir dan Soaib Asimiran (2013). Hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. 10. Mohd Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 11. Mohd Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 12. Mohd Yusof Hj Othman (2005). Pembinaan Konseptual dalam Pembelajaran di IPT dalam Mahasiswa Abad 21. Bangi : UKM. 13. Muhd Firdaus Omar (2015), Keberkesanan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Hilir Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 14. Nazma Purvin (2011).How do Secondary Students in Bangladesh Makes Sense of Schoool Based Assessment. Universiti of Canterbury. 15. Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. 16. Norkhalid Bin Salimin (2012), Pentaksiran komprehensif berbanding penilaian kendalian sekolah menengah dalam matapelajaran pendidikan jasmani tingkatan 2. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 17. Raziatul Hanum (2014). Isu PBS: Makin Kelam Kabut, Makin Berserabut. http://www.sinarharian.com.my/isu-pbs-makin-kelam-kabut-akinberserabut-.255373. 18. Rohaya Talib & Mohd Najib Abd Ghafar. (2008). Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen Bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah Di Malaysia. Kertas Kerja: Seminar Penyelidikan. 19. Stufflebeam, D.L. (1983). „The CIPP Model for Program Evaluation.. In: Madaus, G., Scriven, M. and Stufflebeam, D.L. (Eds) (1983). Evaluation Models:Viewpoints on Educational and Human Services Evaluation (11714).Boston,MA: Kluwer-Nijhoff Publishing. 20. Tan Ai Mei (2010). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. Kesediaan Guru, Isu dan Panduan Pelaksanaan. Gerak Budaya Enterprise, Kuala Lumpur. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 21. Yusof Boon & Mohd Musa (2011). Kepimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)