UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Karya sastera mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan alam dan alam merupakan sumber utama dalam proses penciptaan sesebuah karya sastera. Kaitan antara alam dengan karya sastera ini diteliti dalam novel karya Faisal Tehrani yang bertajuk Bila Tuhan Berbicara (2007), Tunggu Teduh Dulu (2008) dan Bahlut (2010) bagi menganalisis manifestasi alam sekitar yang terdapat karya-karya tersebut. Kaedah analisis kandungan (content analysis) digunakan untuk mendapatkan gambaran manifestasi alam dengan lebih terperinci. Pendekatan ekologi sastera digunakan untuk menganalisis manifestasi alam sekitar dalam novel-novel tersebut dengan memberi perhatian kepada ekologi alam yang menekankan kepada dua aspek, iaitu penekanan terhadap alam sebagai inspirasi karya sastera dan pembelaan terhadap alam akibat perbuatan manusia yang dikenal sebagai kajian eko kritik. Berdasarkan analisis ekologi sastera sebagai inspirasi karya sastera dalam ketiga-tiga novel kajian didapati bahawa manifestasi alam sekitar seperti alam sebagai latar penceritaan terserlah dalam ketiga-tiga novel. Alam sebagai sumber kehidupan manusia (sumber ekonomi) pula dapat dilihat dalam Tunggu Teduh Dulu dan Bahlut manakala alam sebagai bukti ketakjuban manusia kepada Pencipta terserlah dalam novel Tunggu Teduh Dulu dan Bila Tuhan Berbicara. Melalui kritikan eko, didapati hanya novel Bahlut memperlihatkan adanya bentuk kritikan ekologi terhadap aktiviti pembalakan haram yang menyebabkan kerosakan alam berlaku seperti pencemaran sungai, pemendapan sungai dan pencemaran sungai. Isu pencemaran alam dan kegiatan pembalakan haram yang ditampilkan oleh pengarang dalam novel Bahlut merupakan isu global yang penting dan wajar ditangani dalam usaha menyelamatkan bumi daripada segala bentuk kerosakan oleh tangan-tangan manusia yang rakus. Implikasi kepada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa alam sangat penting untuk dijaga kerana alam menyediakan sumber kehidupan kepada manusia. Manusia dan alam saling memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain. Pencemaran alam akan mengganggu gugat kesejahteraan manusia dan perkara ini wajar ditangani bagi memelihara ekosistem dan kehidupan manusia.
Kata Kunci: manifestasi alam sekitar; karya sastera; ekologi sastera; manusia; pencemaran alam |
References |
Ariff Mohamad. (2015). Pengungkapan keperibadian secara simbolik dalam dua novel Melayu. PENDETA, 6, 230–243. Endraswara. (2016). Sastra ekologis teori dan praktik pengkajian. Yogyakarta: CAPS. Faisal Tehrani. (2007). Bila Tuhan Berbicara. Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. Faisal Tehrani. (2008). Tunggu Teduh Dulu. Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. Faisal Tehrani. (2010). Bahlut. Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. Fauzi Hasan, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, & Madiawati Mamat @ Mustaffa. (2018). Individualisme Faisal Tehrani dalam kepengarangan berdasarkan novel-novel terpilih. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 6, 31–60. Fauzi Hasan, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, & Madiawati Mamat. (2019). Pemikiran Faisal Tehrani berdasarkan novel-novel pilihan. Jurnal Melayu Sedunia, 2(1), 193–233. Fauzi Hasan, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, & Madiawati Mamat. (2019). Model remaja orang asli yang unggul dalam Bahlut. Journal of Educational Research and Indigenous Studies, 1(1). Ghazali Taib, & Abdul Halim Ali. (2018). Analisis persejarahan baharu dalam novel 1515. Jurnal Peradaban Melayu, 13, 42–57. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol13.4.2018 Glotfelty, Cheryll. (1996). Introduction: Literary studies in an age of environmental crisis dlm. Glotfelty, Cheryll & Harold, Fromm (Ed.) The Ecocriticism Reader. Athens and London: The University of Georgia Press. Hasninie Mohammad. (2013). Aspek dakwah dalam novel-novel terpilih Faisal Tehrani. Tesis Ijazah Sarjana: Universiti Putra Malaysia (tidak diterbitkan). Imaduddin, & Noor Shakirah. (2016). Tafsir ayat-ayat al-Quran berkenaan penjagaan alam sekitar dan analisis isu-isu alam sekitar di Malaysia. Jurnal Afkar, 18(1), 91–130. Kamariah Kamarudin. (2011). Nilai tarbiah dan islah wanita Melayu Islam pascamerdeka: Satu analisis terhadap novel Tunggu Teduh Dulu dan Surat-surat Perempuan Johor. Jurnal Akademi Pengajian Melayu (JOMAS), 22(1), 164–184 Kaswadi, K. (2015). Paradigma ekologi dalam kajian sastra. Paramasastra: Jurnal Ilmiah Bahasa Sastra dan Pembelajarannya, 2(2). https://doi.org/10.26740/paramasastra.v2n2.p%25p Khomisah. (2020). Ekokritik dalam perkembangan kajian sastera. Al-Tsaqafa: Jurnal Ilmiah Peradaban Islam, 17(1), 83–94. doi: 10.15575/al-Tsaqafa.v17i1.6032 Maharam Mamat. (2021). Kemusnahan alam dalam novel Nafkhatul Faza karya Rosli Mohamad Ali dlm. Wiyatmi, Novita Dewi & Mawar Safei. Sastera Hijau di Indonesia dan Malaysia dalam kajian Ekokritik dan Ekofeminis. Yogyakarta: Cantrik Pustaka. Mohd. Saberi Muda & Mas Rynna Wati Ahmad. (2019). Eko-kritik dalam puisi Melayu. Akademia 89, 29–39. https://doi.org/10.17576/akad-2019-89SI-04 Muhammad Hj. Salleh. (2012). Pandangan dunia Melayu pancaran sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhamad Fadzil Yusoff. (2018). Kosmologi Zurinah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nordiana Hamzah, Noor Alhusna Madzlan, Hasrina Baharum, Muhamad Fadzllah Zaini, & Rohaya Md. Ali. (2023). Analisis ethos, pathos dan logos dalam komunikasi kepimpinan Nama Beta Sultan Alauddin karya Faisal Tehrani. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 39(1), 473–489. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3901-27 Norhayati Ab. Rahman. (2016). Manifestasi alam sekitar dalam karya kreatif sasterawan Fatimah Busu: Perspektif ekologisme dlm. Norhayati Ab. Rahman & Free Hearty. Kajian perempuan Malaysia-Indonesia dalam sastera. Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia. Roslina Abu Bakar. (2017). Komunikasi tradisi dalam kepengarangan Hikayat Pelanduk Jenaka. KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 24(1), 23–49. https://doi. org/10.21315/kajh2017.24.1.2. Rosmah Derak. (2014). Mendekonstruksi sejarah dalam novel 1515: Satu penulisan semula daripada perspektif golongan subaltern. Jurnal MANU, 21, 125–147. Rosmah Derak, & Asmiaty Amat. (2016). Perjuangan wanita dalam novel Surat-Surat Perempuan Johor. Jurnal MANU, 24, 91–109. Rosmah Derak. (2020). Pemikiran dalam novel-drama Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani. PENDETA, 11(2), 44–54. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.2.4.2020 Saroja Dhanapal & Kalai V. Rajakandram. (2014). Literature and the endangered world: a comparative study of selected works of eastern and western poets. Asian Journal of Education and e-Learning, 2(3): 234–244. Shaidathul Suhana Ros. (2013). Pascakolonialisme dalam novel Faisal Tehrani. Tesis Ijazah Sarjana: Universiti Putra Malaysia (tidak diterbitkan). Sheikh Abdullah Basmeih. (tt). Tafsir pimpinan ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran (30 Juz). Kuala Lumpur: Darulfikir. Sohaimi Abdul Aziz. (2014). Dahsyatnya kesusasteraan memerihalkan kehidupan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. (2013). Ikon wanita Melayu-Islam dalam novel Tunggu Teduh Dulu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 1(1), 169–183. Widianti, Ande Wina. (2017). Kajian ekologi sastera dalam kumpulan cerpen pilihan Kompas 2014 Di Tubuh Tarra Dalam Rahim Pohon. Jurnal Diksatrasia, 1(2), 1–9. http://dx.doi.org/10.25157/diksatrasia.v1i2.576
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |