UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Sebagai seorang bakal guru yang akan menerajui bidang pendidikan kelak, pengurusan
diri amat penting untuk mengekalkan emosi yang stabil dan minda yang sihat.
Sehubungan itu, pengurusan masa yang baik memainkan peranan yang penting bagi
mengelakkan daripada bakal guru ini menghadapi tekanan. Untuk itu, seramai 137
orang bakal guru daripada Fakulti Sains dan Matematik di Universiti Pendidikan Sultan
Idris telah terlibat dalam kajian ini bagi mencapai objektif kajian untuk menentukan
tahap pengurusan masa, menentukan tahap tekanan yang dihadapi dan mengkaji
hubungan yang signifikan antara tahap pengurusan masa dan tahap tekanan yang
dihadapi. Data bagi kajian ini dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis secara
deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
27.0. Lanjutan daripada itu, analisis min, sisihan piawai dan korelasi Pearson digunakan
dalam analisis data bagi kajian ini. Hasil kajian mendapati tahap pengurusan masa bakal
guru ini adalah pada tahap yang rendah(m=2.30) manakala tahap tekanan adalah pada
tahap yang sederhana(m=2.73). Dapatan analisis juga menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah iaitu tahap pengurusan masa dan tahap
tekanan dimana kedua-dua pembolehubah ini mempunyai hubungan negatif yang kuat
(r=-0.75). Kesimpulannya, jika tahap pengurusan masa adalah rendah, maka bakal guru
ini akan menghadapi tekanan yang tinggi menyebabkan tahap tekanan akan meningkat
menyebabkan. Justeru itu, implikasi daripada kajian ini, semua pihak terutamanya
institusi pendidikan, ibu bapa serta mahasiswa lebih peka dan sedar akan pentingnya
penekanan terhadap kemahiran pengurusan masa dan pengurusan tekanan dalam
pembelajaran di universiti di bina agar dapat melahirkan modal insan yang profesional
dan berkemahiran tinggi. |
References |
Al-Quran. Surah Al-Asr: ayat 1-3. Amira Seman. (2011). Hubungan Efikasi Kendiri dengan Stres dalam Kalangan Pelajar Akademik Rendah [Degree's thesis]. Berita Harian. (2023, March 10). Bunuh diri kerana kemurungan. https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/03/1077189/bunuh-diri-kerana-kemurungan Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human sciences (2nd ed.). New Jersey: Lawrence Erlbaum Publishers. Chua, Y. P. 2011. Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill Education. Chua, C. N., & Yunus, M. M. (2020). RollRoll dice: An effective method to improve writing skills among year 3 pupils in constructing SVOA sentences. Universal Journal of Educational Research, 8(6), 2368-2382. https://doi.org/10.13189/ujer.2020.080621 Gallardo-Lolandes, Y., Alcas-Zapata, N., Acevedo Flores, J. E., & Ocaña-Fernández, Y. (2020). Time management and academic stress in Lima University students. International Journal of Higher Education, 9(9), 32. https://doi.org/10.5430/ijhe.v9n9p32 Hamizatun Akmal Md Yusof, & Norzaini Azman. (2013). Perkaitan Antara Pengurusan Masa dan Stress Dalam Kalangan Pelajar Siswazah di IPTA. ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 5(1), 34-49. Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/5878/1/3%2520AJTLHE%2520124_0.pdf Johanson, G.A. & Brooks, G.P. 2010. Initial scale development: sample size for pilot studies. Educational And Psychological Measurement 70(3): 394-400 Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. Lazarus, R.S. (1966) Psychological Stress and the Coping Process. McGraw-Hill, New York. Lovin & Moreau (2022). Stress among students and difficulty with time management: A study at the University of Gala.i in Romania. Social Sciences, 11(12), 538. https://doi.org/10.3390/socsci11120538 Meja Rencana. (2022, August 18). Atasi Stres Dalam Kalangan Mahasiswa. Utusan Malaysia. Diperoleh daripada https://www.utusan.com.my/rencana/forum/ 2022/08/atasi-stres-dalam-kalangan-mahasiswa/ Meyer, A. (1951). Objective psychology or psychobiology with subordination of the medically useless contrast of mental and physical. In E. E. Winters (Ed.), The collected papers of Adolph Meyer (Vol. III (Medical Teaching), pp.38-43). Baltimore: Johns Hopkins Press. (Original workpublished 1951) Nadhirah Aznan, & Noraini Shamsuddin. (2014). Persepsi Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) terhadap amalan pengurusan masa. E- Proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM), 353-364. Noor Atiqah Sulaiman. (2022, October 10). Masalah kesihatan mental membimbangkan - Khairy. Berita Harian Online. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1010651/masalah-kesihatan-mental-membimbangkan-khairy Nor Safwan Saiful Hizan, & Shazaitul Azreen Rodzalan. (2020). Hubungan antara Pengurusan Masa dengan Tekanan Kerja dalam kalangan Guru Sekolah Menengah di Melaka. Research in Management of Technology and Business, 1(1), 92–103. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article /view/572 Peixoto, E. M., Pallini, A. C., Vallerand, R. J., Rahimi, S., & Silva, M. V. (2021). The role of passion for studies on academic procrastination and mental health during the COVID-19 pandemic. Social Psychology of Education. https://doi.org/10.1007/s11218-021-09636-9 Syaza Husna Zulkifli. (2021). Tahap Tekanan Terhadap Pelajar Semester 6 Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semasa Pandemik Covid-19 [Degree's thesis]. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selye, H. (1956). The stress of Life. New York: McGraw-Hill Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan modul: Bagaimana membina modul latihan dan modul akademik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi. (2022). Tinjauan Kesihatan Remaja. Institut Kesihatan Umum. https://iku.gov.my/images/nhms-2022/1b.-infografik_ahs_bm_15062023.pdf
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |