UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tingkah laku kepimpinan
pengetua dimensi struktur tugas dan struktur konsiderasi dengan tekanan kerja
guru setiausaha sukan di sekolah-sekolah menengah di seluruh Negeri Perak.
Kajian ini juga melihat tahap tekanan kerja serta mengenalpasti dimensi tingkah
laku kepimpinan yang sering menjadi amalan pengetua di sekolah menengah.
Data kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang diterima daripada 130 orang
guru setiausaha sukan di sekolah-sekolah menengah seluruh Negeri Perak.
Penyelidik menggunakan instrumen Leadership Behaviour Discription
Questionnaire (LBDQ) bagi mengukur tingkah laku kepimpinan pengetua dan
instrumen Teacher Stress lnventory (TSI) bagi mengukur tahap tekanan guru
setiausaha sukan sekolah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi
11.0. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya hubungan rendah dan negatit antara
tingkah laku kepimpinan pengetua dan tekanan kerja, juga tingkah
laku kepimpinan pengetua dimensi konsiderasi. Bagi pengetua pula, mereka
sering mengamalkan dimensi struktur tugas di dalam amalan kepimpinan
mereka. Manakala bagi tekanan kerja guru setiausaha sukan pula, dimensi salah
laku pelajar mendapat min yang tertinggi, manakala tiada terdapatnya perbezaan
antara tekanan antara jantina, sementara bagi kelulusan akademik, hanya
dimensi kekangan masa dan sumber serta dimensi perhubungan menunjukkan
perbezaan dan bagi pengalaman kerja, hanya dimensi penghargaan yang tidak
menunjukkan perhubungan yang signifikan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |