UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Azlin Iryani Mohd Noor
Title :Pengetahuan dan amalan guru terhadap penggunaan ruang landskap sekolah kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2006
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, amalan dan kesedaran guru-guru menggunakan ruang landskap sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga turut melihat kepada kekerapan penggunaan ruang landskap sekolah serta hubungannya dengan pengetahuan guru, kesedaran guru dan amalan guru menggunakan ruang landskap sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan secara tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan empat buah sekolah rendah di sekitar Lembah Klang. Sekolah yang dipilih mewakili populasi kajian terdiri daripada sekolah yang pemah memenangi Pertandingan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar (3K) anjuran Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun 1999 hingga 2003. Soal selidik ditadbirkan ke atas sampel kajian yang terdiri daripada 145 orang responden. Penganalisaan data dibuat menggunakan Statistical Procedures for Social Science (SPSS) secara statistik deskriptif dan statistik infrensi. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa responden menyedari tentang peranan ruang landskap sekolah dalam merangsang perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak. Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengetahuan responden terhadap kepentingan pembelajaran di ruang landskap sekolah adalah baik. Analisis berkaitan dengan amalan penggunaan ruang landskap sekolah menunjukkan hampir kesemua responden pemah menggunakan ruang luar bilik darjah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hasil analisis kolerasi menunjukkan (a) tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara pengalaman mengajar dengan pengetahuan guru (b) terdapat perhubungan yang signifikan di antara kelayakkan akademik dengan kesedaran guru (c) tidak terdapat perhubungan di antara pengalaman mengajar guru dengan kesedaran dalam menggunakan ruang landskap sekolah. Memahami secara mendalam mengenai pengetahuan, amalan dan sikap guru menggunakan ruang landskap sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu usaha yang penting bagi memastikan ruang landskap yang selamat, ceria dan bersih akan digunakan oleh guru-guru bagi mengenengahkan pengetahuan baru untuk diterapkan kepada para pelajar. Perancangan aktiviti pembelajaran yang baik serta persekitaran yang menarik akan memberi galakkan atau stimulasi kepada kanak-kanak. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru sekolah rendah, perancang bandar, arkitek dan arkitek landskap dalam memastikan reka bentuk persekitaran sekolah bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.