UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :HC Economic History and Conditions
Main Author :Ahmad Fadzil Ahmad Shuhaili
Additional Authors :Khairi Ariffin
Title :Impak pelabuhan Lumut kepada pembangunan Daerah Manjung 1995-2010
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2023
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kewujudan Pelabuhan Lumut yang terdiri daripada dua buah pelabuhan utama iaitu Terminal Maritim Lumut (LMT) dan Lekir Bulk Terminal (LBT) telah melonjakkan sektor ekonomi daerah Manjung. Bermula pada tahun 1995 sehingga tahun 2010, Pelabuhan Lumut telah berjaya mengendalikan sebanyak 25 juta tan kargo dan memperoleh banyak pencapaian yang membanggakan. Ia turut menjadi rakan strategik kepada Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) dan Vale S.A. Walaupun begitu, perjalanan sejarahnya kurang diketahui. Tambahan pula, kajian kontemporari mengenai pelabuhan lebih banyak tertumpu kepada pelabuhan besar yang lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan Pelabuhan Lumut dan turut menjelaskan kesan pembangunannya terhadap perkembangan daerah Manjung pada tahun 1995-2010. Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif yang menggunakan analisis dokumen. Ia melibatkan analisis yang kritis terhadap rekod-rekod, surat rasmi, undang-undang, laporan statistik Pelabuhan Lumut, surat pekeliling, data-data daripada pejabat Parlimen Lumut, Majlis Perbandaran Manjung dan sumber daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Laut, Jabatan Perangkaan dan lain-lain agensi yang berkaitan. Kajian ini telah membuktikan bahawa Pelabuhan Lumut berperanan sebagai pembangun prasarana dan infrastruktur, pusat industri, pembina ekosistem usahawan, peneraju kelestarian alam sekitar dan pelengkap ekosistem pendidikan maritim. Kajian ini mampu menjadi panduan awal kepada pihak kerajaan dan agensi berkaitan tentang pembukaan dan pembangunan kawasan pelabuhan di Malaysia pada masa hadapan. Kata Kunci: Manjung, Pelabuhan Lumut, Sosioekonomi

References

Bipin Babulal. (2017). Impak Pelabuhan Klang Terhadap Sejarah Perkembangan Sosiokonomi Selangor, 1972 – 2010. Tesis Sarjana. Jabatan Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Chen, S. L., Jeevan, J., & Cahoon, S. (2016). Malaysian Container Seaport-Hinterland Connectivity: Status, Challenges and Strategies. The Asian Journal of Shipping and Logistics, 32(3), 127-138.

DOE/A1: Arkib Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, 1995-2000.

Hansard Dewan Negeri Perak, 1994.

J. M. Gullick. (1958). Indigenous Political Systems of Western Malaya, London: Athlone Press.

JKR/A1: Bank Laporan Jabatan Kerja Raya Daerah Manjung, 1995-2000.

Keong, C. H., Tiong, R. L. K., & Alum, J. (1997, May). Conditions for Successful Privately Initiated Infrastructure Projects. In Proceedings of the Institution of Civil Engineers-Civil Engineering (Vol. 120, No. 2, pp. 59-65). Thomas Telford-ICE Virtual Library.

LBT/A1: Fail Terminal Pukal Lekir, 1995-2000.

LP/A1: Fail Pelabuhan Lumut, 1995-2000.

LP/C1: Fail Pelabuhan Lumut, 2005-2010.

MIM/B1: Fail Arkib MIMET, 2000-2005.

Miskam, M. A., Zainal Alauddin, Z. A., & Mustafa, K. F. (2007). Performance Characteristic of a Cyclone Gasifier for Power Generation.

MPM/A1: Rekod Majlis Perbandaran Manjung, 1990-2000.

MPM/B1: Rekod Majlis Perbandaran Manjung, 2000-2005.

Othman Mohd Yatim. (1994). Dinding: Jajahan Istimewa di Perak. Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.

PCB/A1: Arkib Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, 1995-2000.

PCB/B1: Arkib Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, 2000-2005.

TNB/C1: Dokumen TNBJ, 2005-2010.

VSA/C1: Fail Vale S.A, 2005-2010.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.