| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
                        
  | 
                    
                        
  | 
                    ||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun | 
| Kajian ini bertujuan untuk meninjau, memahami dan menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran 
reka bentuk logo di kalangan pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, 
Tanjong Malim. Aspek-aspek yang difokuskan dalam  kajian  ini adalah  mencakupi  kaedah,  teknik,  
media,  persepsi  pelajar, kompetensi guru dan interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah yang 
menyumbang kepada cetusan idea dalam reka bentuk logo di kalangan pelajar. Pengumpulan data dalam 
kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif  melalui pemerhatian, temu bual , 
analisis  ( lakaran ) dokumen dan rakaman visual. Pemerhatian dilakukan ke atas pelajar Tingkatan 4 
Perdagangan yang terdiri daripada 37 orang pelajar. Pengkaji menjalankan temu bual secara tidak 
berstruktur kepada responden seramai enam orang yang dipilih berdasarkan purposive sampling. Data 
yang dikumpulkan dideskripsikan, dianalisis dan dirumuskan. Dalam kajian ini , pengumpulan dokumen 
dan perakaman visual didapati melalui hasil kerja akhir responden yang ditemu bual. Hasil lakaran 
akhir dianalisis berdasarkan prinsip-prinsip reka bentuk logo. Dapatan kajian ini mendapati 
responden tidak dapat menguasai kemahiran dalam reka bentuk logo. Proses penjanaan idea kurang 
berkembang dan pelajar terlalu bergantung kepada guru dalam mencetuskan idea. Berdasarkan dapatan 
kajian, pengkaji membuat satu cadangan proses pengajaran dan pembelajaran reka bentuk logo bagi 
meningkatkan aras kefahaman pelajar dan membantu penjanaan idea dalam reka bentuk logo.
  | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.  |