UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk meninjau pelaksanaan kaedah Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) di kalangan guru-guru Pendidikan Seni Visual di dua buah sekolah menengah di daerah Hulu Selangor. Kedua, adalah untuk mengetahui tahap kompetensi guru dalam melaksanakan PKSM. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual di sekolah tersebut dan 80 orang murid Tingkatan 4 yang mengambil elektif dalam mata pelajaran ini mengikut tiga tahap iaitu lemah, sederhana, dan baik.Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian yang telah diubah suai. Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Bahagian A terdiri daripada item latar belakang seperti jantina, umur, bangsa, kategori jawatan, opsyen, dan lokasi sekolah, manakala Bahagian B pula terdiri daripada 21 item yang berkaitan dengan pengetahuan pengajaran dan pembelajaran serta tahap kemahiran dalam penilaian PKSM.Bagi responden murid pula, item soal selidik terbahagi kepada dua bahagian juga. Bahagian A terdiri daripada latar belakang seperti jantina, umur, bangsa, lokasi tempat tinggal, minat, dan gred pencapaian, manakala Bahagian B mengandungi 10 item yang berkaitan dengan pandangan mereka terhadap aktiviti penilaian yang dijalankan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Hasil dapatan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 14.0. Kaedah deskriptif dan tabulasi silang digunakan untuk mendapatkan hasil kekerapan dan perkaitan antara dua pemboleh ubah. Bagi menguji hipotesis, analisis varians (ANOVA Sehala) digunakan.Hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa hipotesis nol, yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara opsyen guru dan kaedah membuat penilaian, berjaya ditolak. Ini bermakna opsyen guru telah mempengaruhi tahap kompetensi seseorang guru itu dalam melaksanakan kaedah penilaian. Selain itu, opsyen guru juga didapati telah mempengaruhi kaedah penilaian secara penulisan dalam aktiviti membuat folio.Dapatan daripada responden murid juga digunakan untuk menyokong fakta yang berkaitan dengan kekerapan guru menjalankan aktiviti penilaian semasa pengajaran di dalam kelas. Tempoh pengalaman guru juga didapati mempengaruhi tahap kompetensi dalam melaksanakan kaedah penilaian.Kesimpulannya, guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dari masa ke masa dalam melaksanakan PKSM |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |