UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Noor Adillah Osman
Title :Kefahaman dan kesilapan pelajar tingkatan lima dalam menentukan pembezaan peringkat pertama Fungsi Polinomial
Hits :65
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2012
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian kualitatif ini dijalankan dengan tujuan menghurai kefahaman dan mengkaji jenis-jenis kesilapan pelajar-pelajar tingkatan lima dalam menentukan pembezaan peringkat pertama Fungsi Polinomial. Satu ujian Pembezaan Fungsi Polinomial ditadbirkan ke atas enam puluh empat orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan. Berdasarkan jawapan yang telah disemak, enam orang dipilih secara bertujuan (purposive sampling) untuk ditemu bual bagi meneroka kefahaman mereka dalam menentukan pembezaan peringkat pertama. Temu bual yang telah dirakam secara audio dipindahkan ke dalam bentuk transkrip sebelum dikategorikan mengikut tema sebagai sebahagian dari proses analisis data. Tema-tema dibentuk berdasarkan subtopik dalam Fungsi Polinomial iaitu fungsi y . axn , hasil tambah dan hasil beza fungsi polinomial, hasil darab fungsi polinomial, hasil bahagi fungsi polinomial dan fungsi gubahan. Hasil analisis temu bual dan jawapan pelajar dalam ujian pembezaan fungsi polinomial menunjukkan pelajar mempunyai kefahaman tersendiri dalam menentukan pembezaan peringkat pertama serta melakukan beberapa kesilapan. Hasil kajian juga mencadangkan kesilapan-kesilapan tersebut dirumuskan kepada 4 perkara utama iaitu: kesilapan konseptual, kesilapan teknikal, kesilapan procedural dan kesilapan rawak. Implikasi dari kajian ini, penyelidik mencadangkan supaya konsep pembezaan diperkenalkan secara induktif di mana pengajaran dilaksanakan dari peringkat khusus kepada umum. Penekanan terhadap pemahaman konsep algebra perlu diberi perhatian yang serius di samping memberikan pelbagai latihan untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar dalam topik Pembezaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.