UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Paharudin Arbain
Title :Eksplorasi pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF dan hubungannya dengan pencapaian murid
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF dan hubungannya dengan pencapaian murid sekolah rendah di Malaysia. Kajian ini menggunakan teori al-Qabisi untuk mengkaji lapan komponen pelaksanaan pengajaran guru yang merangkumi objektif, tahap murid, set induksi, kaedah, alat bantu mengajar (ABM), pujian, penilaian, dan sahsiah guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh pendekatan kualitatif. Dua set instrumen soal selidik dibina oleh pengkaji dengan nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach adalah tinggi, iaitu antara 0.757 hingga 0.913. Seramai 402 guru j-QAF dan 1,260 murid tahun lima dipilih secara rawak berstrata di lima negeri berdasarkan zon untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 486 murid turut terlibat dalam ujian pencapaian Tilawah al-Quran dan 10 guru pula terlibat dalam pemerhatian kelas dan sesi temu bual. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson, dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan pengajaran guru berada pada tahap sederhana tinggi menurut persepsi guru (min 3.92) dan juga persepsi murid (min 3.43). Dapatan pencapaian Tilawah al- Quran pula berada pada tahap baik dengan skor min keseluruhan ialah 71.41. Analisis inferensi perbezaan menunjukkan 20 hipotesis nol diterima dan 20 hipotesis nol lagi ditolak berdasarkan lima faktor demografi guru. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara lapan komponen pelaksanaan pengajaran guru dengan pencapaian Tilawah al-Quran (nilai r antara 0.092 hingga 0.304), manakala analisis regresi berganda membuktikan empat komponen pelaksanaan pengajaran guru (kaedah, tahap murid, set induksi, dan ABM) memberikan sumbangan sebanyak 15.2% kepada pencapaian Tilawah al-Quran. Implikasi dan cadangan dikemukakan bagi memberikan input yang bermanfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah, guru, dan masyarakat dalam usaha meningkatkan kualiti pelaksanaan pengajaran guru, dan pencapaian murid dalam program j-QAF turut dibincangkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.