|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji perubahan persepsi prapos pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek Lakaran Asas secara konvensional dan setelah diintegrasikan dengan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam kalangan pelajar Tahun Dua di Fakulti Seni dan Muzik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen rawak pra-pasca ujian satu kumpulan yang melibatkan 35 sampel. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan soalan kuiz. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11 dan Excel. Penyelidik menggunakan kaedah statistik inferens (ANOVA dan ujian-t) dan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan dan min).Dapatan kajian menunjukkan pencapaian akademik pelajar adalah lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan prestasi mereka sebelum menjalani sesi rawatan. Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara PBK dan pembelajaran konvensional serta antara pencapaian pelajar dengan faktor umur. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang tidak signifikan antara faktor jantina, bangsa dan pemilikan komputer dengan pencapaian pelajar.Secara keseluruhan, majoriti pelajar mempunyai keyakinan bahawa integrasi PBK dan subjek Lakaran Asas akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi mereka. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan PBK wajar digunakan sebagai salah satu strategi pembelajaran dan pengajaran subjek Lakaran Asas dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |