UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :NX Arts in general
Main Author :Abdul Aziz Zalay/Zali
Title :Satu tinjauan terhadap courseware yang telah dibangunkan bertajuk 'Pengenalan kepada Reka Bentuk Poster' terhadap pelajar grafik di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2004
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Penyelidikan ini bertujuan untuk membina dan menilai perisian serta melihat persepsi dan minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam penggunaan perisian multimedia interaktif yang bertajuk 'Pengenalan kepada Reka Bentuk Poster'. Isi kandungan perisian ini adalah berdasarkan kepada modul sukatan mata pelajaran Grafik di Fakulti Seni dan Muzik. Multimedia interaktif yang dibina sebagai bahan kajian dibangunkan oleh penyelidik dengan menggunakan perisian Macromedia Director versi 8.5.Penyampaian konsep dalam perisian ini menggunakan Teori Konstruktivisme manakala konsep pembelajaran kendiri yang digunakan dalam perisian ini adalah berasaskan Teori Motivasi Humanistik. Penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, dan lain-lain dalam perisian bagi meningkatkan minat dan keseronokan belajar di kalangan pengguna adalah berasaskan Model ARCS. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan dalam perisian ini adalah berdasarkan Model Dick dan Carey.Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan deskriptif. Sampel kajian terdiri daripada 48 orang pelajar yang mendaftar untuk mata pelajaran Komputer Grafik di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar dengan pembolehubah-pembolehubah terhadap penggunaan perisian multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran reka bentuk poster. Pelajar juga menunjukkan minat terhadap proses pembelajaran menggunakan perisian multimedia interaktif.Kualiti keseluruhan perisian ini juga menepati aspek isi kandungan dari segi keperluan pengajaran, menepati aspek rupa bentuk antara muka, dan aspek teknikal. Walau bagaimanapun, beberapa pembaikan perlu dilakukan bagi menghasilkan perisian yang benar-benar mantap.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.