UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Ahmad Zahiruddin Yahya
Title :Faktor kejayaan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam sektor perkilangan di Malaysia
Hits :16
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2011
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini adalah untuk menyelami faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan yang terbabit dalam sektor perkilangan di Malaysia. Ini kerana kadar kegagalan yang tinggi di kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) adalah sangat membimbangkan. Bagi yang berjaya, sudah pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari tentang rahsia kejayaan mereka. Maka, objektif kajian ini adalah untuk menganalisa faktor kejayaan usahawan IKS berdasarkan empat perspektif iaitu penetapan matlamat, personaliti, pengetahuan dan motivasi dan instrumen kajian adalah berdasarkan empat pemboleh ubah ini. Ujian rintis telah dibuat dan penambahbaikan berkenaan telah dilakukan. Responden bagi kajian ini adalah usahawan yang telah memenangi anugerah Enterprise-50 (E-50) yang merupakan pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh SME Corp untuk memilih 50 orang usahawan yang berjaya berdasarkan kriteria tertentu dengan kerjasama firma audit bertauliah. Kadar respon adalah menggalakkan iaitu sebanyak 56.4 peratus. Data yang terima telah diproses menggunakan kaedah statistik seperti analisa deskriptif, min, standard deviation, ANOVA, korelasi dan regresi pelbagai. Hasil kajian mendapati bahawa kejayaan usahawan dalam sektor perkilangan di Malaysia dipengaruhi oleh usahawan yang membuat penetapan matlamat yang sukar tetapi jelas, usahawan yang mempunyai personaliti berorientasikan tindakan, usahawan yang mempunyai daya kepimpinan kendiri dan usahawan yang mempunyai motivasi dari sudut keperluan pencapaian.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.