|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Tesis ini memfokuskan pembangunan dan amalan sistem notasi tari rakyat Melayu melalui kajian kes Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Dalam pengajian tari tempatan, literatur yang berkaitan dengan notasi tari adalah amat terhad dan hal ini menyebabkan berlakunya limitasi terhadap pemahaman peranan serta fungsi notasi tari dalam mempromosikan keberlangsungan tari rakyat Melayu. Melalui metodologi kualitatif seperti etnografi dan analisis struktural gerak, tesis ini mengidentifikasikan pelbagai kaedah pengnotasian yang sedia wujud di Semenanjung Malaysia serta menerangkan kepentingan notasi tari dalam menyampaikan struktur dan bentuk tari rakyat Melayu. Tesis ini menunjukkan penciptaan notasi daripada YWJ dan JKKN menjadi satu proses yang berwaspada dan fleksibel apabila pihak pengasas dapat memilih dan mengintegrasikan pelbagai kaedah notasi seperti deskripsi, ilustrasi serta adaptasi daripada Labanotasi demi merakamkan dan melestarikan repertoir zapin dan tarian gubahan baharu daripada InspiTari. Tesis ini mencadangkan penggunaan notasi yang terdiri daripada gabungan simbol dan terminologi sebagai sistem notasi yang paling sesuai dalam mentranskripsikan tari rakyat Melayu. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |