|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesediaan belajar para pelajar dan guru sem menggunakan
komputer sebagai alat bantu pembelajaran reka bentuk grafik di sekolah menengah program Komputer
Dalam Pendidikan (KDP). Kajian tentang kesediaan belajar menjurus kepada pengetahuan sedia ada
pelajar serta guru seni tentang literasi komputer, prasarana sekolah, perspektif pihak pengurusan
sekolah, reaksi guru seni serta respons para pelajar terhadap rancangan pembelajaran berbantukan
komputer untuk mata pelajaran seni. Kajian kes pelbagai tempat ini menggunakan pendekatan
penyelidikan kualitatif. Responden kajian terdiri daripada 153 orang pelajar-pelajar seni dan 3
orang guru seni di tiga buah sekolah menengah program Komputer Dalam Pendidikan dalam Daerah Kinta,
Perak. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan soal selidik berbentuk soalan
berstruktur. Walaupun analisis kajian mendapati wujudnya ketidaksamaan pengetahuan dan
pengaplikasian literasi komputer di kalangan pelajar dan guru seni di tiga buah sekolah menengah
yang dikaji, namun kajian menunjukkan 83.3%(5) pelajar dan 100% (3) guru seni bersedia jika rancangan ini dilaksanakan.
Seterusnya langkah-langkah serta kajian-kajian lanjutan dicadangkan bagi mengetahui perkembangan dan
keberkesanan pelaksanaan pembelajaran reka bentuk grafik berbantukan komputer dalam usaha
menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |