|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Projek Pengajian Persembahan (D3P-Karya Kreatif) ini menghasilkan video digital sebagai medium kritikan sosial, melangkaui fungsi hiburan dan estetika semata-mata. Kajian ini meneliti bagaimana video digital dapat berperanan sebagai alat kritikan sosial dengan menumpukan pada aspek naratif dan sinematik berasaskan isu Nifaq. Projek ini mempunyai dua objektif utama: pertama, mereka cipta naratif dan sinematik video digital yang menggambarkan isu Nifaq, dan kedua, mendemonstrasikan karya Topeng Iman sebagai wadah kritikan sosial. Karya ini mengetengahkan golongan agamawan sebagai subjek utama kritikan melalui struktur naratif dan sinematik yang membangkitkan persoalan mengenai hipokrisi dalam amalan keagamaan. Kerangka penciptaan projek ini berasaskan Teori Bordwell dan Teori Semiotik Peirce. Teori Bordwell digunakan dalam pembinaan aspek naratif dan sinematik, manakala Teori Semiotik Peirce membantu dalam memperkukuh makna tanda melalui ikon, indeks, dan simbol dalam bingkai video. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis kandungan bagi mengenal pasti tindakan pelanggaran batas agama yang mencerminkan tabiat Nifaq. Hasil penciptaan video digital ini menampilkan plot anti-linear, naratif ambiguiti, serta gabungan lakonan realistik dan presentational. Dari aspek sinematik, elemen seperti sinematografi, mise-en-scene, penyuntingan video, dan sistem tanda bunyi diaplikasikan dalam bentuk simbolis dan anti-linear. Kajian ini membuktikan bahawa Topeng Iman bukan sahaja menawarkan nilai estetika bersifat eksperimentasi tetapi turut berfungsi sebagai komentar sosial terhadap fenomena Nifaq dalam kalangan agamawan. Implikasi projek ini menunjukkan bahawa pendekatan naratif dan sinematik dapat dijadikan sebagai kerangka penciptaan karya kreatif yang berpotensi mengangkat kritikan sosial terhadap isu utama dalam masyarakat._ |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |