UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Zahari Hamzah
Title :Representasi Mak Yong Machoism melalui cerita Raja Besar Ho Gading sebagai suatu performative gender
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Projek Pengajian Persembahan (D3P-Karya Kreatif) bertujuan untuk membangunkan identiti watak lelaki dalam teater Mak Yong berdasarkan konsep machoism sebagai suatu performatif gender. Penciptaan teater ini mencabar persepsi bahawa imej watak lelaki Mak Yong bersifat gender traditional dengan mencadangkan bahawa ia boleh diubahsuai semula mengikut tindakan performatif. Kajian ini bertujuan mencipta semula imej lelaki dengan pesona machoism pada tubuh badan watak lelaki melalui persembahan teater Mak Yong Raja Besar Ho Gading. Teori Male Gaze oleh Mulvey digunakan sebagai asas kerangka teoretikal, yang menempatkan watak lelaki sebagai subjek yang memberi keseronokan melihat melalui pesona machoism. Data menghasilkan proses penciptaan watak lelaki secara machoism dikumpulkan melalui kaedah temu bual bersama pengamal teater Mak Yong di Malaysia. Hasil kajian dapat menghasilkan watak lelaki Mak Yong Raja Besar Ho Gading mengikut pesona machoism. Projek ini dapat membuktikan manipulasi sistem tanda pergerakan lakonan, busana dan tatarias telah dapat menampilkan watak lelaki Mak Yong Raja Besar Ho Gading sebagai sebuah performatif gender yang baharu. Implikasi kajian memberikan panduan kepada pihak berkepentingan dalam memahami proses penciptaan dan dinamik identiti gender watak lelaki dalam persembahan teater Mak Yong.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.