|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini adalah berkaitan dengan proses pembangunan modul pembelajaran irama gitar bes bagi rentak joget. Objektif kajian pula adalah untuk menghasilkan modul pembelajaran irama gitar bes bagi rentak joget, menentukan isi kandungan modul tersebut, serta menilai kebolehgunaan modul. Instrumen kajian temu bual berstruktur, kajian perpustakaan dan juga soal selidik telah digunakan untuk mencapai objektif ini. Hasil kajian mendapati model ADDIE sesuai untuk membangunkan modul ini. Temu bual dengan pakar pula telah berjaya mengisi isi kandungan yang diperlukan modul. Dapatan menunjukkan isi kandungan modul berjaya meningkatkan kemahiran pelajar Nilai min 4.40 (sangat baik) manakala nilai min untuk aspek peningkatan minat pelajar pula adalah 3.80 (baik). Kesimpulannya, modul ini bukan sahaja memenuhi objektif kajian, malah berpotensi menjadi alat bantu pembelajaran yang signifikan dalam pendidikan muzik di peringkat sekolah menengah. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |