UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Satgunawathy Uthrapathi
Additional Authors :
  • Tajul Rosli Shuib
Title :Pengaruh gaya keibubapaan sokongan guru dan sokogan rakan sebaya terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar tingkatan enam
Hits :8
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini berhasrat untuk mengenalpasti hubungan antara faktor persekitaran sosial dalam menentukan kecerdasan emosi pelajar Tingkatan Enam di daerah Gombak, Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan pendekatan kuantitatif. Dalam kajian ini, tiga faktor persekitaran sosial telah dikaji untuk melihat hubungan dengan tahap kecerdasan emosi pelajar Tingkatan Enam iaitu gaya keibubapaan, sokongan guru dan sokongan rakan. Kajian ini juga dapat mengenalpasti pengaruh gaya keibubapaan, sokongan guru dan sokongan rakan sebaya terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar. Seramai 210 pelajar Tingkatan Enam dari Pusat Tingkatan Enam dan Kolej Tingkatan Enam daerah Gombak telah dijadikan sebagai responden kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.74), tahap sokongan guru berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.78) dan tahap sokongan rakan sebaya berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.95) tetapi lebih rendah berbanding kedua-dua faktor lain. Tahap kecerdasan emosi di kalangan pelajar Tingkatan Enam di daerah Gombak juga berada pada tahap sederhana tinggi iaitu min=3.74. Hasil analisis korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan dengan kecerdasan emosi pelajar dengan nilai pekali korelasi r=0.322, p=
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.