UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :DS Asia
Main Author :Farhana Abdullah
Additional Authors :
  • Adnan Jusuh
Title :Jumpaan arkeologi Lembah Bujang sebagai produk arkeopelancongan
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini memfokuskan mengenai penemuan arkeologi di Lembah Bujang dari sudut arkeopelancongan. Permasalahan kajian adalah untuk mengkaji sejauh mana penemuan arkeologi dan perkaitannya dengan arkeopelancongan memainkan peranan penting untuk kepentingan penduduk setempat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara menyeluruh tapak-tapak arkeologi di negeri Kedah dalam konteks arkeopelancongan dengan mewujudkan satu jaringan pelancongan yang lebih jelas mengikut kedudukan di tapak arkeologi Lembah Bujang. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melibatkan penggunaan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Hasil kajian menunjukkan kawasan Lembah Bujang merupakan salah sebuah kawasan yang mempunyai sejarah kegemilangan sebagai sebuah kerajaan bertamadun yang memainkan peranan utama dalam merekonstruksi sejarah tamadun Melayu ketika zaman kegemilangannya. Selain mempunyai nilai ekonomi kepada negara dari aspek warisan sama ada dari segi sumber sejarah dan keunikkan persekitaran yang dimiliki, tapak arkeologi merupakan jumpaan sejarah terpenting yang banyak dijumpai di Lembah Bujang di samping artifak lain. Penemuan tapak arkeologi zaman proto sejarah dijadikan keutamaan kerana tapak ini merupakan di antara jumpaan terawal yang dijumpai di Lembah Bujang. Dapatan kajian menunjukkan tiga faktor utama yang mendorong kepada aktiviti arkeopelancongan di Lembah Bujang iaitu pemeliharaan alam semulajadi, penyediaan faedah kepada penduduk tempatan dan pengembaraan ke kawasan semulajadi merangkumi tapak warisan. Monumen candi merupakan tinggalan warisan yang membuktikan ketingian intelektual masyarakat ketika itu dalam membina tamadun yang perlu diingati sehingga kini. Kesedaran masyarakat dan orang awam mengenai warisan arkeologi dan arkeopelancongan di Lembah Bujang masih di tahap sederhana. Kesimpulannya, hal ini menyebabkan aktiviti arkeopelancongan sukar untuk dijayakan memandangkan terdapat tapak-tapak yang dimusnahkan untuk aktiviti perumahan dan pertanian. Implikasi kajian ini dapat memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan Warisan Negara dalam merencanakan sektor arkeopelancongan negara yang boleh memberi perubahan besar terhadap ekonomi penduduk sekitar
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.