UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Zul Izuddin Suhaimi
Additional Authors :
  • Kama Shaffeei
Title :Pembangunan instrument pengurusan diri murid berkeperluan Pendidikan Khas masalah pembelajaran KSSR tahun 1 bagi peningkatan tahap pengusaan pengurusan diri
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan membangunkan serta menentukan kesahan dan kebolehpercayaan satu instrumen penilaian berbentuk ujian bagi menilai tahap penguasaan kemahiran Pengurusan Diri dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 Tahun 1. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berpandukan Model Pembinaan Instrumen oleh McIntire dan Miller (2007), yang merangkumi tiga fasa utama iaitu analisis keperluan, pembinaan instrumen, dan pelaksanaan kajian. Seramai 273 orang guru dan 462 orang MBPK dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Johor telah terlibat sebagai responden. Instrumen yang dibangunkan terdiri daripada lima konstruk utama, iaitu Kemahiran Kendiri, Kebersihan dan Keselamatan, Penggunaan Tandas, Pengurusan Tempat Tinggal, serta Adab dan Tatasusila, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 78 item soalan. Dapatan kajian menunjukkan nilai Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett_s Test adalah 0.98, yang dianalisis menggunakan SPSS Version 29, menandakan data sesuai untuk analisis faktor. Kesahan konstruk yang dianalisis melalui SmartPLS 3 menunjukkan nilai Average Variance Extracted (AVE) keseluruhan sebanyak 0.87. Penilaian kesahan kandungan oleh sembilan orang pakar, dianalisis menggunakan Microsoft Excel, menghasilkan nilai Cohen_s Kappa sebanyak 0.84. Sementara itu, nilai Alpha Cronbach yang diperoleh menerusi SPSS Version 29 adalah 0.86, menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan ini membuktikan bahawa instrumen yang dibangunkan adalah sah dan boleh dipercayai untuk menilai kemahiran Pengurusan Diri dalam kalangan MBPK. Instrumen ini dicadangkan untuk didigitalkan bagi menyokong pelaksanaan pendidikan abad ke-21. Implikasinya, instrumen ini bukan sahaja dapat meningkatkan ketepatan pentaksiran dan keberkesanan pengajaran MBPK, malah merupakan instrumen pertama seumpamanya yang dibangunkan berasaskan KSSR Semakan 2017, sekali gus mengisi jurang dalam kaedah pentaksiran MBPK yang sedia ada.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.