|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah Drop Everything And Read (DEAR) dalam meningkatkan kemahiran penulisan cerpen dalam kalangan murid Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil. Permasalahan utama yang dikenal pasti ialah murid menghadapi kesukaran untuk mengembangkan idea, menggunakan kosa kata yang sesuai serta membina struktur ayat yang gramatis dalam penulisan cerpen, Selain itu, tahap minat membaca yang rendah turut mempengaruhi kualiti penulisan murid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen dengan satu kumpulan rawatan sahaja. Seramai 15 orang murid Tingkatan 4 telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca yang melibatkan penulisan cerpen bertema sama bagi menilai tahap kemahiran penulisan murid sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah DEAR. Intervensi DEAR telah dilaksanakan selama enam minggu, di mana murid diberi masa khusus untuk membaca bahan bacaan yang sesuai sebelum menjalankan aktiviti penulisan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam skor min ujian pasca berbanding ujian pra. Hal ini membuktikan bahawa kaedah DEAR berkesan dalam membantu murid menjana idea, memperkayakan kosa kata, memperbaiki struktur ayat serta meningkatkan kefahaman terhadap elemen cerpen. Selain itu, kaedah DEAR juga didapati dapat meningkatkan minat membaca dan keyakinan murid dalam penulisan cerpen. Kesimpulannya, kaedah DEAR merupakan satu pendekatan pengajaran yang berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Tamil, khususnya bagi meningkatkan kemahiran penulisan cerpen dalam kalangan murid sekolah menengah. Kata kunci : Kaedah DEAR, kemahiran penulisan, cerpen, Bahasa Tamil, minat membaca |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |