UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Nurul Diyanah Muhammad Shafiq Dennis
Additional Authors :
  • Nurfarhana Diana Mohd Nor
Title :Pengaruh tingkah laku cerewet makan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2026
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Namun, fenomena tingkah laku cerewet makan (fussy eating) semakin ketara dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dan boleh menjejaskan pengambilan nutrien penting yang diperlukan untuk perkembangan otak. Kajian ini dijalankan untuk menilai hubungan antara tingkah laku cerewet makan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif berbentuk kolerasi yang melibatkan 185 responden di kawasan sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dua instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu subskala Food Fussiness daripada Children_s Eating Behaviour Questionnaire (CEBQ) bagi menilai tingkah laku cerewet makan dan soal selidik perkembangan kognitif yang dibina berasaskan konstruk Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence, Fifth Edition (WPPSI-IV), Bayley Scales of Infant and Toddler Development, Fourth Edition (Bayley-4) dan Stanforf-Binet Intelligence Scales, Fifth Edition (SB:5). Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29 melalui statistik deskriptif dan kolerasi Pearson
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.