|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan modul Pembelajaran Regulasi
Kendiri bagi tajuk fotosintesis terhadap motivasi dan pencapaian pelajar biologi
tingkatan empat. Ianya dijalankan ke atas pelajar-pelajar (N=85) yang berprestasi tinggi
dan beq)l"estasi rendah dari kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil
matapelajaran biologi KBSM di dua buah sekolah dan melibatkan dua orang guru. Satu
modul pembelajaran PRK telah dibina meliputi subtopik fotosintesis tingkatan empat.
Modul ini adalah berpandukan model instruksi Dick & Carey ( 1985) yang mengandungi
unsur-unsur motivasi. Modul ini telah digunakan di dalam intervensi yang dilaksanakan
ke atas kumpulan eksperimen, manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah
pembelajaran konvensional oleh guru yang sama.Sebelum penggunaan modul kesemua
responden akan ditadbir dengan ujian motivasi Pra-MSLQ . Selepas penggunaan modul
. dan sesi pembelajaran konvensional, responden telah melalui ujian pencapaian dan ujian
MSLQ (pos). Analisis Ujian-t dibuat untuk melihat perbezaan dan peningkatan
pencapaian serta motivasi pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran yang berbeza .
Analisis ANOV A pula digunakan untuk membandingkan prestasi dan motivasi pelajar
bagi kumpulan-kumpulan yang berbeza prestasi. Hasil kajian menunjukkan motivasi
kumpulan pelajar yang mengikuti modul PRK(x = l5.81) mempunyai peningkatan yang
signifikan berbanding kumpulan pembelajaran konvensional( x =9.64) berdasarkan nilai t
(83) = -2.831, p |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |