UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Main Author :Ilampuranan Kiramany
Title :Analisis masalah sosial dalam cerpen karya A.Nagappan (IR)
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini mempunyai tiga tujuan utama iaitu mengkaji latar belakang serta kepengarangan A.Nagappan, mengenal pasti masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia dan mengkaji kerelevenan di antara masalah sosial dengan keadaan kehidupan sebenar masyarakat India di Malaysia dalam cerpen A.Nagappan. Kumpulan cerpen dan antologi cerpen A.Nagappan yang dikaji ialah Ko:nal A:ru, Kampi Me:l Nhadakirarkal:, The:t:al dan Pe:ravaik Kathaikal: yang berjumlah 13 buah cerpen. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta teori Sosiologi Sastera digunakan untuk mengkaji cerpen-cerpen A.Nagappan. Hasil dapatan kajian menunjukkan A.Nagappan merupakan seorang penulis prolifik yang membincangkan isu-isu rakyat. Melalui kajian ini didapati terdapat 14 masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia. Antara masalah sosial yang digambarkan dalam cerpen-cerpen tersebut adalah kemiskinan, keciciran pendidikan, kepimpinan, penghambaan, keruntuhan moral, kesihatan dan pengaruh alkohol. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa cerpen A.Nagappan mencerminkan kehidupan sebenar yang pernah dilalui oleh masyarakat India di negara ini. Untuk mengatasi masalah sosial ini pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan oleh kerajaan, umpamanya peruntukkan khas untuk pemulihan status ekonomi dan kepelbagaian peluang pendidikan di semua peringkat pengajian untuk semua kaum. Sehubungan itu, melalui kajian ini diharapkan pelbagai isu lagi akan terus dikaji demi kesejahteraan semua rakyat di negara ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)