UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Melaka: terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamainya Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada disana. (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 80) Petikan di atas menunjukkan bahawa Melaka adalah pusat kegiatan perdagangan pada abad ke-14. Buku sejarah China zaman lampau menyebut “Ma La Jia” (ejaan bahasa Cina) yang merajuk kepada “Melaka” dan disebut pula sebagai “Ma Liu Jia” atau “Ma La Jia”. (Yuanzhi: 2000). Ini menunjukkan Melaka dikenali sehingga ke negara Arab dan China. Melaka yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia di pesisir Selat Melaka mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk memudahkan para pedagang asing dari timur dan barat bertemu dan berjual beli. Bandar Melaka menjadi anak kunci penting dalam pemiagaan laut antarabangsa dari Laut Merah dan Teluk Parsi di Asia Barat, negeri China dan Asia Timur, tanah besar Asia hingga ke Kepulauan Asia Tenggara pada ketika itu. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |