UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kita sedang melalui suatu zaman yang mencabar iaitu zaman yang dipenuhi dengan fenomena globalisasi yang sedang melanda seluruh dunia ekoran ledakan teknologi maklumat (IT). Fenomena ini sudah tentunya akan membawa kesan terhadap kehidupan sosial dan budaya seluruh masyarakat di Alam Melayu. Kita sedia maklum bahawa teknologi maklumat dengan rangkaian canggih telekomunikasi akan membawa perubahan yang nyata dalam pelbagai bidang. Jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang telah mengambil masa yang agak lama untuk menikmati kemajuan, kini dengan teknologi maklumat negara-negara membangun dapat menjimatkan masa bagi mencapai kemajuan dan kejayaan yang sebanding dengan negara-negara maju. Satu sumber yang paling utama dalam segala kemajuan ini serta dalam pembinaan tamadun ialah tenaga otak iaitu akal yang dapat menghasilkan daya cipta dan daya usaha untuk dinikmati bersama. Untuk melahirkan manusia yang tangkas, berdaya cipta, berbakat dan berfikir perlu ada rancangan yang melatih minda dan emosi (IQ dan EQ) manusia ke arah yang dicita-citakan |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |