UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Yaakub Noran Fauziah, Hanafi Zahyah,
Title :Memahami perhubungan anak dan ibu bapa di kalangan pelajar Melayu dari sebuah universiti
Year of Publication :2003

Abstract :
Ahli ekologi manusia seperti Bronfenbrenner (1986) bersetuju bahawa peranan keluarga amat penting dalam pelbagai aspek atau dimensi perkembangan anak. Ibu dan ayah, sebagai orang pertama yang penting dalam kehidupan anak, menyediakan ruang dan persekitaran fizikal, sosial dan emosi yang boleh menggalak atau menghalang perkembangan kanak-kanak secara optimum. Selain itu, ibu dan bapa juga menyalurkan segala nilai, menetapkan peraturan, dan mengamalkan tradisi yang perlu diikut dan diakur. Menurut sistem teori ekologi, kedudukan anak dalam sistem tersebut adalah di tengah-tengah bulatan yang dinamakan sistem mikro, di mana terdapat tiga pengaruh utama, iaitu keluarga, rakan sebaya dan sekolah. Dalam bulatan sistem mikro tersebut, anak mengalami pelbagai interaksi dengan keluarga, dan ini kemudiannya menyumbang kepada perkembangan psikologi dan emosi mereka.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.