UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Main Author :Ab. Rahman Hamidah, Ab. Kadir Hamdan,
Title :Masalah keluarga Melayu bandar: isu dan cabaran (IR)
Year of Publication :2003
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kertas kerja ini membincangkan dua isu terkini dan utama yang dihadapi oleh institusi keluarga di lapan daerah di negeri Johor, Malaysia (Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Muar, Batu Pahat dan Segamat). Sejumlah 517 sampel keluarga Melayu yang mempunyai masalah keluarga dipilih secara rawak mengikut masalah keluarga iaitu Keluarga tunggal dan Penceraian. Faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya kedua-dua masalah tersebut dibincangkan seperti faktor ekonomi, pengangguran/pekerjaan, komunikasi, perubahan nilai, tanggungjawab dan urbanisasi. Kaedah kajian ialah dengan menggunakan kaedah soa! selidik. Pemilihan sampel keluarga bermasalah dibuat berasaskan bilangan keluarga bermasalah di lapan daerah di Johor seperti yang terdapat di berbagai jabatan kerajaan dan badan sukarela. Responden kajian terdiri daripada ketua keluarga (ibu/bapa). Profil keluarga bermasalah dibentang dalam bentuk peratusan dan dibuat berasaskan kepada kekerapan. Manakala skor min dan peratusan diambilkira dalam mengukur faktor penyumbang kepada isu-isu masalah keluarga. Skor min diberi skil 1 hingga 5. Skil 1 bermaksud sangat tidak setuju dan skil 5 bermaksud sangat setuju.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)