UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :DS Asia
Main Author :Abdullah Mohd. Akbal,
Title :Kelab-kelab Melayu di Johor: amalan dan kecenderungan masyarakat Melayu pra-merdeka berpersatuan
Year of Publication :2003

Abstract :
Kertas kerja ini mencuba melihat perkembangan dan bentuk amalan berpersatuan oleh masyarakat Melayu di Johor sekitar tempoh 1945-1957. Dalam tempoh ini sebenamya di Johor terdapat satu arus dan gelombang yang dibina oleh gerakan sosial masyarakat Melayu. Di mana sahaja, sama ada bandar atau kampung satu fenomena bersosial mulai semarak kembali. Mereka terbentuk dalam pertubuhan-pertubuhan sosial yang sah. Kewujudan persatuan-persatuan begini telah memberikan sumbangan besar dan penting dalam situasi dan waktu masyarakat Melayu memerlukannya. Meskipun amalan berpersatuan di Johor dapat dikesani mulai 1915, namun kajian ini hanya membataskan tempoh 1945-57. Tempoh ini dipilih kerana ia mengandungi dua peristiwa besar, iaitu tamatnya penjajahan Jepun dan 1957, Malaya merdeka. Kedua-dua peristiwa itu menjadi pembuka dan penutup kepada amalan dan kecenderungan berpersatuan yang ingin diselidiki. Dari seg: peristiwa sejarah, ia bermula dengan gerakan penjajahan dan pendudukan tentera Jepun di Malaya 1941-1945. Selepas tahun itu, Malaya diambil semula oleh British dan hinggalah mencapai kemerdekaan pada 1957. Walau bagaimanapun, dua peristiwa besar itu bukanlah maksud kajian ini. Sebaliknya kajian ini cuba menyingkap dan menjurus kepada satu fenomena yang muncul dalam kalangan masyarakat Melayu Johor yang minat berpersatuan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.