UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu mula ditawarkan kepada pelajar mulai Jun 1997 melalui dua Perintah, iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. Seramai 37 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lulusan Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang terdiri daripada guru yang telah tamat mengikuti kursus dua semester di maktab-maktab perguruan. Kelayakan mereka diiktiraf setara dengan lulusan tahun satu di universiti tempatan. Oleh itu, mereka diterima masuk ke universiti sebagai pelajar tahun dua dan bergraduat pada 1999. Pada Mei 1998, program ini mengambil 69 pelajar lulusan KDPK melalui cara yang sama seperti yang telah dilakukan semasa pengambilan pertama dibuat. Mereka telah bergraduat pada 2000. Mulai ambilan Mei 1999 prosedur pengambilan pelajar ke program ini berubah. Komposisi pelajar yang diterima masuk lebih pelbagai dengan membuka peluang kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), calon saluran kedua dan lulusan diploma daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Senat UPSI, di samping lulusan KDPK. Mereka mula mengikuti program ini dari tahun satu. Kebanyakan mereka menamatkan program ini dalam masa tiga tahun, kecuali pelajar yang masuk dengan kelulusan KDPK. Jangka masa pengajian mereka agak singkat kerana mereka mendapat pengecualian kredit. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |