UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Bidang apresiasi seni merupakan salah satu daripada topik sukatan pelajaran pendidikan seni. Bidang ini menitikberatkan pengetahuan dalam bidang sejarah seni lukis Malaysia, Perkembangan Serii Visual serantau dan penghayatan karya pelukis Malaysia. Bidang ini juga merupakan bidang yang paling sukar diajar di peringkat persekolahan, kerana realitinya bidang pendidikan seni dibebani dengan pengajaran berdasarkan aspek psikomotor. Justeru itu pengajaran dalam bentuk teori agak sukar untuk diajar kerana terdapat pelajar membuat tanggapan bahawa pendidikan seni adalah mata pelajaran kerajinan yang tidak melibatkan aspek teori. Penggunaan bahan pengajaran dalam pendidikan seni telah pun lama digunakan, guru-guru kebiasaannya menggunakan carta, slaid dan overhead projector sebagai bahan pengajaran dalam bilik seni. Namun demikian penggunaan bahan multimedia masih belum diuji keberkesanannya terutama dalam pembelajaran kendiri dalam pendidikan seni. Oleh yang demikian dapatan kajian ini merupakan dapatan awal yang akan membantu penyelidikan dikemudian hari. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |