UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :book_section
Subject :L Education (General)
Main Author :Mohd Rhouse Suraini, Abd. Razak Azila,
Title :Persepsi ahli akademik dan majikan tentang kemahiran yang perlu dimiliki oleh siswazah Pengurusan Perniagaan dalam menepati kehendak pasaran
Place of Production :Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Year of Publication :2006

Abstract :
Liputan akhbar sering mengkritik siswazah dari Institusi Pendidikan Tinggi Awara dan mendakwa mereka mempunyai kekurangan dari aspek kemahiran komunikasi, kebolehan berbahasa Inggeris, pemikiran kreatif, dan kebolehan interaksi sosial yang diperlukan untuk memperolehi pekerjaan. Isu ini hangat diperkatakan, namun kajian saintifik tempatan berhubung isu ini masih terlalu kurang. Menyedari hakikat pentingnya aspek kemahiran ini ditekankan maka kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik digunakan untuk mendapat maklum balas ahli akademik dan majikan terhadap aspek penguasaan kemahiran hubungan manusia dan komunikasi, analitikal dan konseptual, pemikiran kreatif dan kritis, teknikal, kerja berpasukan, kepimpinan, mengurus perubahan, dan atribusi yang perlu dimiliki. Di samping itu kajian ini bertujuan untuk melihat adakah terdapat perbezaan persepsi di antara ahli akademik dengan majikan mengenai aspek kemahiran yang dinyatakan di atas. Sampel kajian terdiri daripada 40 ahli akademik Fakulti Pengurusan Perniagaan dari UKM dan UPM, serta 43 majikan daripada tbu pejabat bank-bank perdagangan dan institusi kewangan, syarikat insurans, dan firma perkilangan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan pakej SPSS versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ahli akademik dengan majikan mengenai kemahiran hubungan manusia pada nilai (t - 0.049, p < 0.05), dan kemahiran teknikal pada nilai (t = 0.00; p < 0.05). Namun begitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ahli akademik dan majikan mengenai kemahiran analitikal dan konseptual, pemikiran kreatif dan kritis, kerja berpasukan, kepimpinan, mengurus perubahan dan atribusi yang perlu dimiliki. Analisis dari ujian min mendapati ahli akademik mempunyai skor min 4.6545 berbanding majikan (4.4828) dari aspek kemahiran hubungan manusia dan komunikasi, manakala min ahli akademik (4.1118) berbanding majikan (3.2259) dari aspek kemahiran teknikal. Antara cadangan yang ingin dikemukakan ialah (a) Kolaborasi di antara ahli akademik (pembentuk kurikulum) dengan pihak industri (majikan) dalam membentuk kemahiran yang diperlukan oleh siswazah pengurusan perniagaan. (b) Memperlengkapkan kurikulum universiti dengan kursus dan latihan yang menjurus kepada pembangunan kemahiran pengurusan seperti kemahiran personal, interpersonal, kumpulan (group) dan membentuk keyakinan diri secara teori serta memperbanyakkan aktiviti praktikal. (c) Siswazah perlu mempunyai kompetensi yang luas dalam setiap aspek pengetahuan seperti pemasaran, kewangan, pengeluaran, pengurusan sumber manusia, perdagangan antarabangsa, dan sebagaihya. Dapatan kajian ini diharap akan memberi implikasi yang penting kepada pengajaran dan pembelajaran serta keperluan terhadap perubahan kurikulum yang boleh membentuk dan membangunkan kemahiran siswazah pengurusan perniagaan di Institusi Pendidikan Tinggi Awam Malaysia dalam menepati kehendak pasaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.