UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru Sejarah. Kemahiran pemikiran sejarah yang dikaji ini dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu memahami kronologi, membuat imaginasi, meneroka bukti, membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi. Kajian ini juga bertujuan melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru Sejarah dengan lokasi sekolah yang dilihat dari sudut sekolah yang terletak di bandar dan luar bandar. Kajian ini menggunakan kaedah survey dan data untuk kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan empat daripada enam buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak, Perak. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0. Dapatan kajian menunjukkan, guru melaksanakan kemahiran pemikiran sejarah bagi setiap item dalam setiap kategori kemahiran pemikiran sejarah. Walau bagaimanapun, tahap pelaksanaannya itu berbeza mengikut item kerana terdapat item yang berada pada skor min tahap tinggi (2.67 - 4.00) dan juga terdapat item yang berada pada skor min tahap sederhana (1.34 - 2.66). Tidak ada item yang diuji berada pada skor min tahap rendah (0 - 1.33). Dari segi kategori kemahiran pemikiran sejarah yang paling kerap dijalankan, kajian mendapati kategori meneroka bukti seialu dijalankan (67.4%) berbanding kategori membuat imaginasi (18.6%). Akhir sekali, kajian mendapati tidak ada hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah sama ada sekolah d' bandar atau sekolah di luar bandar dengan pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah kategori meneroka bukti dalam pengajaran guru-guru Sejarah bagi tujuh daripada lapan item dalam kategori ini. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |