UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji sejauh mana hubungan personaliti warna dan minat kerjaya Holland dalam kalangan staf UPSI. Hipotesis umum penyelidikan ini ialah terdapat hubungan antara personaliti warna dengan minat kerjaya di kalangan staf UPSI. Reka bentuk kajian adalah expost facto, jenis korelasi. Dalam kajian ini satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah digunakan untuk mengumpul data. Bahagian A: Borang maklumat diri, Bahagian B: Soal Selidik Personaliti Warna (IPW) dan Bahagian C : Soal Selidik Minat Kerjaya (SDS). Populasi kajian adalah di kalangan staf UPSI yang dipilih seramai 186 orang berasaskan kepada enam tret personaliti oleh J.L. Holland. Kepentingan kajian ini adalah untuk perkembangan ilmu itu sendiri. Data yang didapati kemudiannya dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson pada aras signifikan .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Realisitik dengan personaliti warna Jingga, iaitu dengan nilai r (186) = .736, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Investigatif dengan personaliti warna Hijau nilai r (186) = .754, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Artistik dengan personanti warna Biru dengan r (186) = .662, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Sosial dengan personaliti warna Biru dengan r (186) = .617, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Enterprising dengan personaliti warna Jingga dengan nilai r (186) = .779, p < .05 dan terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Conventional dengan personaliti warna Emas dengan r (186) = .330, p < .05. Diharap kajian ini menjadi perintis kepada kajian yang lain kelak. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |