UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :T Technology (General)
Main Author :Abdul Rahman Safian
Title :Pembangunan perisian multimedia interaktif panduan pengajaran dan pentaksiran KSSR Dunia Muzik Tahun 1
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penggunaan ICT di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah terbukti memberi banyak faedah kepada guru dan murid. Selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melestarikan pembelajaran abad ke-21 , penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar dapat memberi impak kepada perkembangan murid. Projek ini dijalankan untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah perisian multimedia interaktif yang dapat digunakan oleh guru muzik dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) serta pentaksiran bagi mata pelajaran Dunia Muzik Tahun 1. Projek ini menggunakan Microsoft Power point 2010 sebagai perisian utama dengan gabungan beberapa perisian lain seperti Sony Vegas 7.0, Adobe Audition 1.5, GIMP, Format Factory dan Snipping Tool. Hasil projek ini telah menghasilkan sebuah perisian interaktif merangkumi elemen pengajaran dan pentaksiran yang dapat mengoptimakan masa PdP dan pentaksiran dalam peruntukan waktu 30 minit. Hasil penilaian mengesahkan bahawa perisian ini dapat guru melaksanakan sesi pengajaran serta pentaksiran mata pelajaran Dunia Muzik Tahun 1 dengan lancar. Hasil kepenggunaan perisian ini diharap dapat membantu dari segi penjimatan masa guru dari segi penyediaan bahan pengajaran dan pentaksiran seterusnya dapat mencapai standard pembelajaran dan pentaksiran seperti yang dikehendaki.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.