UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kedatangan Islam ke Sepanyol telah memberi kesan yang mendalam terhadap Peradaban Eropah. Peradaban Islam yang berpusat di Selatan Sepanyol memainkan peranannya yang penting terhadap kemunculan Renaissance. Cendekiawan Islam telah menterjemahkan karya-karya Greek dan Rome ke dalam bahasa Arab sehingga menjadikan bahasa Arab bahasa popular dalam bidang sains dan kebudayaan di Sepanyol. Peradaban Islam Selatan Sepanyol juga memartabatkan keilmuan Greek dan Rome daripada musnah pada Zaman Gelap. Tanpa penghormatan yang diberikan oleh cendekiawan Islam terhadap karya-karya tersebut, pasti ia lenyap begitu sahaja. Proses penterjemahan yang dilakukan terhadap karya-karya klasik Greek dan Rome oleh cendekiawan Islam berjaya menarik Eropah keluar dari Zaman Gelapnya memasuki fasa baru iaitu Renaissance. Para cendekiawan Eropah telah mengkaji semula dan menterjemahkan semula karya-karya klasik Greek dan Rome dan karya-karya cendekiawan Islam yang berpusat di Cordova dan Granada di Selatan Sepanyol ke dalam bahasa Latin dan bahasa Eropah yang lain. Walaupun cendekiawan Islam banyak dipengaruhi oleh keagungan Greek dan Rome, namun mereka pula mempengaruhi kemunculan Renaissance di Eropah. Secara umumnya kebudayaan Islam Sepanyol berada di antara zaman kegemilangan Peradaban Klasik Greek dan Rome dengan Renaissance di Eropah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |