UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :B Philosophy (General)
Main Author :Jalal Fauziah Hanim, Noor Zanariah, Twahir@H. Tahir Wahibah,
Title :Model penghayatan keibubapaan Islam satu kajian ke atas keluarga muslim (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2009
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membina satu model penghayatan keibubapaan Islam bagi keluarga Muslim. Selain itu membina soalselidik penghayatan keibubapaan Islam dan mengetahui tahap penghayatan keibubapaan Islam mengikut empat pembolehubah iaitu lokasi, status, tempoh perkahwinan dan taraf pendidikan. Di samping itu melihat perbezaan amalan awal dan amalan khusus terhadap empat pembolehubah di atas. Seramai 372 ibubapa (bapa= 162, ibu= 209) telah dipilih. Persampelan rawak berstrata dan rawak mudah dipilih. Data dianalisis menggunakan peratusan, min dan sisishan piawai, fruenkensi, Ujian t, Pearson R dan ANOVA satu hala. Dapatan kajian telah menghasilkan satu model penghayatan keibubapaan Islam yang mempunyai tiga komponen iaitu input (kefahaman), output (amalan) dan mardhatillah (matlamat). Soalselidik terbahagi kepada ilmu kekeluargaa Islam, amalan awal dan amalan khusus keibubapaan dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini menghasilkan satu profil penghayatan keibubapaan mengikut empat pembolehubah. Dapatan kajian juga mendapati perbezaan yang signifikan bagi amalan awal dan amalan khusus keibubapaan mengikut empat pembolehubah. Dapatan menunjukkan ibu dan kumpulan berpendidikan sederhana lebih banyak melakukan amalan awal berbanding bapa dan kumpulan lain. Dapatan menunjukkan ibu lebih mementingkan pendidikan emosi dan intelektual berbanding bapa. Kumpulan ibu bapa di bandar lebih mementingkan pendidikan akidah, ibadah, sosial, emosi dan intelektual berbanding ibu bapa yang tinggal di luar bandar. Kumpulan ibu bapa yang mempunyai perkahwinan lebih dari 16 tahun lebih pentingkan pendidikan akhlak berbanding kumpulan lain. Kumpulan ibu bapa yang mempunyai perkahwinan 6-10 tahun lebih mementingkan pendidikan emosi, intelek, jasmani dari kumpulan lain. Kumpulan ibu bapa yang mempunyai pendidikan tinggi lebih mementingkan pendidikan aqidah dari kumpulan lain. Implikasi dan cadangan turut dibincangkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)