UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :G Geography (General)
Main Author :Jani Julismah, Ong Kuan Boon, Madon Mohd Sani, Ahmad Hishamuddin, Mohamad Khalid Nur Haziyanti, Ahmad Yusop,
Title :Reka bentuk pentaksiran alternatif dalam mata pelajaran Sains Sukan di sekolah menengah Malaysia (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2010
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian bagi fasa pertama ialah untuk mengenal pasti tahap konteks kurikulum guru, faktor belajar pelajar dan pencapaian pelajar dalam pelaksanaan mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 di sekolah menengah Malaysia. Kajian ini turut menentukan jenis penilaian dan melihat hubungan di antara faktor belajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 208 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains Sukan dan 2729 orang pelajar yang mengikuti mata pelajaran Sains Sukan di sekolah menengah yang terpilih. Instrumen kajian berupa soal selidik terhadap guru dengan nilai kebolehpercayaan a = .962 dan soal selidik terhadap pelajar dengan nilai kebolehpercayaan a = .799. Keputusan kajian mendapati konteks kurikulum guru dari segi strategi pengurusan pengajaran adalah pada tahap sederhana, teknik pengajaran dan pengetahuan kandungan guru dalam mata pelajaran Sains Sukan tingkatan 4 adalah pada tahap tinggi. Kajian ini turut mendapati pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Sains Sukan serta cendrung kepada gaya belajar perseptual yang melibatkan visual, auditori dan kinestetik tetapi pada tahap sederhana. Jenis penilaian bagi mengukur pencapaian pembelajaran pelajar ialah berupa ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, peperiksaan semester, projek dan penilaian prestasi. Tahap pencapaian pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan tingkatan 4 adalah 21% gred B, 38.9% gred C dan 18.5% gred D. Faktor belajar mempunyai hubungan yang rendah tetapi signifikan (r=. 17**, p=.00) dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4. Kajian bagi fasa kedua adalah pembinaan modul pentaksiran alternatif dan pengujiannya dari aspek perbandingan pencapaian pelajar yang menggunakan modul tersebut sebagai intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Sukan. Hubungkait antara pencapaian dalam aktiviti pentaksiran alternatif dengan pencapaian peperiksaan sebenar, serta tahap persetujuan tentang penggunaan modul pentaksiran alternatif sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Sains Sukan turut dikaji. Sampel kajian melibatkan seramai 425 orang pelajar (Eksperimen, n=145; Kawalan, n=280 ) dari 18 buah sekolah (Eksperimen, n=9; Kawalan, n=9) yang dipilih secara rawak daripada 208 buah sekolah yang terpilih dalam kajian fasa pertama. Kajian ini mendapati bahawa pencapaian keseluruhan pelajar melalui pentaksiran alternatif adalah 65.7 ± 13.1% dengan julat markah di antara 43% hingga 95%. Skor tertinggi pelajar adalah bagi tajuk. Sistem Tubuh (Aktiviti Pentaksiran 5) dengan 76.6 ± 22.0%. Analisis ANOVA sehala F(7,1152)=l5.604, p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)