UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Mohd Zubir Siti Khariah,
Title :Perjuangan perempuan dalam karya pengarang perempuan Malaysia dan Indonesia di awal abad ke-21: satu kajian bandingan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian "Perjuangan Perempuan Dalam Karya Pengarang Perempuan Malaysia dan Indonesia Di Awal Abad Ke-21: Sebuah Kajian Bandingan" merupakan kajian terhadap tiga persoalan penting. Pertama, persoalan perjuangan perempuan dalam bidang sosial sama ada di Malaysia ataupun di Indonesia. Kedua, persoalan perjuangan perempuan dalam bidang politik. Persoalan ini hanya digarap oleh penulis-penulis novel Malaysia sahaja dan tidak dapat untuk dibuat perbandingan kerana penulis-penulis novel Indonesia yang dikaji tidak membincangkan persoalan ini.. Ketiga, persoalan perjuangan perempuan dalam bidang ekonomi khususnya perniagaan juga tidak dapat untuk dibuat perbandingan kerana novel-novel yang dikaji tiada langsung menyentuh perkara ini. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan empat teori, iaitu teori feminisme, teori psikologi, teori sosiologi dan teori Islam (kebebasan perempuan). Objektif kajian ini dibahagikan kepada empat, iaitu mengenalpasti dan menganalisis watak-watak perempuan yang terdapat dalam novel, memperlihat dan membuktikan keterlibatan watak perempuan memperjuangkan emansipasi, membandingkan perjuangan atau emansipasi yang ditonjolkan oleh pejuang-pejuang perempuan Malaysia dan Indonesia melalui karya mereka dan melihat persamaan dan perbezaan perjuangan perempuan yang utama oleh pengarang perempuan dalam karya mereka. Perbincangan kajian ini pada peringkat awalnya didasarkan kepada penyelidikan yang telah dibuat berkenaan dengan wanita dan emansipasi. Di samping itu kajian lebih banyak memfokuskan perjuangan perempuan dalam bidang sosial seperti menuntut hak atau emansipasi, perjuangan perempuan untuk menuntut ilmu, perjuangan perempuan dalam memilih jodoh, perjuangan perempuan dalam mendapatkan perlindungan daripada keganasan rumah tangga dan perjuangan perempuan dalam menuntut hak perlindungan daripada diperkosa. Selain itu, pengkaji juga memaparkan tentang perjuangan perempuan dalam bidang politik dan ekonomi, tetapi terhad kepada perbincangan yang terdapat dalam novel-novel di Malaysia sahaja kerana dalam novel-novel Indonesia tidak memaparkan langsung perkara ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.