UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Yahaya Rusliza, Samsudin Norsamsinar,
Title :Burnout dan kepuasan kerja di kalangan kakitangan akademik (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Menjamin kualiti perkhidmatan dalam sektor pendidikan pada abad ke-21 merupakan suatu cabaran dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Bagi merealisasikan hasrat ini, ianya memerlukan tenaga pendidik lelaki mahupun wanita yang berkualiti. Tahap burnout dan kepuasan kerja akan mempengaruhi tahap produkviti dan kualiti kerja seseorang tenaga pendidik, Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap burnout, faktor peramal burnout, kaedah menangani burnout, tahap kepuasan kerja dan hubungan an tara tahap burnout dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Instrumen Maslach Burnout Inventory-Educators Survey (MBI-ES) digunakan bagi mengukur tahap burnout, manakala Job Descriptive Index (JDI) pula digunakan untuk mengukur tahap kepuasan kerja. Terdapat tiga aspek dalam MBI-ES iaitu keletihan emosi, dipersonalisasi dan pencapaian peribadi bagi mengukur tahap burnout. Manakala, terdapat lapan elemen yang digunakan dalam JDI bagi mengukur tahap kepuasan kerja iaitu pengajaran, penyelidikan, pengurusan dan pentadbiran, ganjaran, peluang kenaikan pangkat, ketua di tempat kerja, rakan sekerja dan kemudahan fizikal di tempat kerja. Sampel terdiri daripada 143 responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan kakitangan akademik dari lapan buah fakulti di UPSl. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pensyarah UPSI mempunyai tahap burnout yang rendah. Tahap burnout dari aspek keletihan emosi adalah rendah, dari aspek dipersonalisasi adalah sederhana manakala dari aspek pencapaian peribadi adalah tinggi. Faktor beban tugas dan pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan antara faktor peramal burnout yang paling tinggi dalam kalangan kakitangan akademik di UPSI. Kaedah menangani burnout yang paling kerap digunakan ialah melalui pendekatan agama dengan cara mendekatkan diri dengan tuhan dan berdoa. Dari aspek kepuasan kerja, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap kepuasan kerja kakitangan akademik UPSI adalah positif. Faktor rakan sekerja, penyelidikan dan P&P merupakan antara tiga faktor utama yang menyumbang kepada kepuasan kerja. Faktor pengurusan dan pentadbiran merupakan faktor yang memberikan kepuasan yang rendah kepada kakitangan akademik. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang negatif antara tahap burnout dan tahap kepuasan kerja.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)