UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Haron Isahak, Razali Abdul Rahim, Mohamed Isa Zainiah, Sainuddin Samri, Mamat Nordin,
Title :Kajian tinjauan buku bacaan kanak-kanak prasekolah di Malaysia (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2006
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau jenis cerita dan tajuk buku yang digemari oleh kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Soal selidik telah digunakan untuk mendapat maklumat dan pendapat 171 guru prasekolah Sekolah Kebangsaan, Tadika Kemas dan tadika swasta atau tadika persendirian di serata Malaysia tentang koleksi buku bacaan kanak-kanak yang terdapat di pusat tadika masing-masing, sejauh mana kanak-kanak membacanya, kekerapan amalan membaca kuat kepada kanak-kanak dan sejauh manakah kanak-kanak gemar buku yang terdapat di koleksi itu. Dapatan menunjukkan 35.1% reponden menyatakan hampir semua koleksi buku disukai oleh kanak-kanak, 29.8% menyatakan tiga per empat dan 31.9% menyatakan separuh saja. Hanya lapan judul buku yang disebut dua kali atau lebih sebagai paling digemari kanak-kanak. Dapatan menunjukkan hanya 7% yang mengamal 'membaca kuat setiap hari', 57.9010 membaca kuat dua-tiga kali seminggu dan 13% membaca kuat seminggu sekali. Terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan membaca kuat dengan peratus murid yang boleh membaca sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Lebih tinggi peratus murid tadika swasta yang boleh membaca sebelum mereka masuk ke sekolah rendah dibanding Tadika Kemas dan tadika di Sekolah Kebangsaan. Salah satu dapatan dan kesimpulan dari kajian ini ialah jenis judul, cerita dan tema buku kanak-kanak dalam Bahasa Melayu untuk prasekolah masih amat kurang kepelbagaiannya. Syor yang boleh dibuat ialah penulisan dan penerbitan buku kanak-kanak umur 5-10 tahun dalam Bahasa Melayu perIu digiatkan. Syor kedua ialah 'amalan membaca kuat buku cerita' kepada kanak-kanak prasekolah hams dijadikan amalan yang lebih kerap di semua tadika kerana ia dapat menarik kanak-kanak menggemari buku dan meningkatkan kemahiran mereka membaca.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)